Ahad, 6 Mei 2018

BACA DAN ILMU


-,+*
BACA DAN ILMU
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ  ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ  ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ  ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ  ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ  ٥ [ الـعلق:1-5]
1.  Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, [Al 'Alaq:1]
2.  Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. [Al 'Alaq:2]
3.  Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, [Al 'Alaq:3]
4.  Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, [Al 'Alaq:4]
5.  Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [Al 'Alaq:5]

Pernah dengar ayat ni? Saya rasa semua orang pernah dengar kut. Kalau tak pernah tu, cubalah belek-belek semula al-Quran tu.
          Ok. Secara ringkasnya, dalam entri ni, saya cuma nak cakap pasal “baca” je.
          Apa tu baca? Well, semua orang tahu apa tu baca, atau omputehnya read, Bahasa cinanya “du”, and so on.
          Jadi, apa masalahnya dengan baca?
Kenapa kena baca?
          Ok, sebelum tu. Saya nak bagi tahu yang, Allah sebut dalam al-Quran, wahyu pertama ialah baca. Atau boleh ditafsirkan sebagai faham, analisis, kaji dan sebagainya.
KEPENTINGAN ILMU
Kenapa pentingnya Iqra sampaikan ia menjadi wahyu pertama dalam Islam? Ni nak sebut ni. Saya buat dalam bentuk point ye.
1.     Dengan membaca akan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.
Macam mana tu? Ok, bila kita baca sesuatu, maka ilmu kita akan bertambah. Betul tak? Even kalau baca buku Doraemon pun, ilmu akan bertambah, iaitu kita tahu kewujudan robot kucing pada abad ke 22. Ok, ni gurau je.

2.     Bila masyarakat berpengetahuan, maka umat Islam akan dihormati.
Kenapa saya cakap macam tu? Saya bagi contoh. Kalau kita ni bangsa yang tak tahu apa apa. Primitif, tak ada kepercayaan dan sebagainya, apa bangsa lain akan pandang kita. Mesti kita ni akan disisihkan daripada dunia ni. Tapi, cuba tengok orang-orang Barat tu, kenapa diorang dihormati? Sebab diorang ada ilmu yang hebat. Diorang sangat hebat. Jadi, kenapa kita masih terkapai-kapai untuk mencari kegemilangan?

3.     Saya nak kongsikan kelebihan menuntut ilmu melalui satu hadis sahih di bawah.

انْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Dari Abu Darda “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu.Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu.Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang.Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar.”
(HR Ibnu Majah No: 219)

Wah! Bestkan jadi orang yang ada ilmu ni. Ilmu ni ibarat cahaya tau. Ilmu yang akan menerangi hati manusia. Tanpa ilmu, kita ni akan duduk dalam kegelapan tanpa suluhan cahaya itu.




4.     Orang yang berilmu ialah pewaris para nabi.
Satu hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang menyebutkan :”Orang-orang yang berilmu ialah pewaris para nabi”.

5.     Ilmu mengawasi tingkah laku manusia
Saidina Ali berkata, “kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita”

6.     Ilmu memuliakan manusia
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, “ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja.”

7.     Orang yang taat pada Allah
Allah SWT berfirman:
وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ  ٢٨ [ فاطر:28-28]
28.  Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [Fatir:28]
     8.  Pendiding diri
Penjelasan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At Tabrani daripada Abu Hurairah, ” sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

Ha, nampak tak. Sebenarnya, ada lebih lagi kelebihan orang yang berilmu daripada membaca. Mereka ni sentiasa menjadi perhatian Allah SWT. Jadi, apa lagi, moh la kita belajo!

KESIMPULAN
          Cubalah tengok balik diri kita ni. Semua ya, tak kira pelajar, belia mahupun warga emas. Adakah kita orang yang berilmu? Adakah kita berusaha belajar ilmu Allah? Check semula diri kita ni. Insya-Allah akan jumpa jawapan. Sedarlah duhai teman, ilmu kita hakikatnya tak cukup lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...