Isnin, 7 Mei 2018

BANTUAN ALLAH


Kenapa Allah tak tolong al-Quds?


Sumber : amanpalestin.net

Assalamualaikum dan saya nak ucapkan tahniah jugak sekali lagi, sebab anda semua berjaya baca hasil penulisan saya yang banyak kekurangan ni. Ya, memang banyak perkara yang perlu saya perbaiki, dari segi penulisannya, susunan isinya, pengolahan ideanya, eh macam saya juri pulak. Hahahaha.

            Dalam bab ni, saya lebih nak ketengahkan tentang bantuan Allah. Ya, bantuan Allah. Saya rasa tak perlu panjang lebar untuk ceritakan tentang BANTUAN ALLAH. Mungkin semua dah tahu. Pasal al-Quds tu, insya-Allah dalam subtopik seterusnya saya cerita. Sekarang masa untuk kenal apa itu bantuan Allah.

APA TU BANTUAN ALLAH?

        Adoi, macam skema soalan tu. Apa punya soalan la. Tak apa, saya akan terangkan.

            Bantuan Allah ni senang cerita, ialah segala perkara yang berlaku di sekeliling kita. Semua yang terjadi ialah hasil daripada bantuan Allah. Tiada perkara yang berlaku melainkan Allah yang bantu. Tak percaya? Wah, korang ni banyak tak percaya ye. Kena buat pemulihan akidah ni. Hehehe.

            Baiklah, dalam Perang Badar, tentera Islam ada berapa? Ada pendapat kata 313, ada jugak yang kata lebih atau kurang. Selanjutnya boleh tengok video rakaman ceramah Ustaz Auni Mohamad ye tentang Perang Badar.

            Then, tentera Kafir jumlahnya lebih kurang 3 kali ganda tentera Islam. Dipendekkan cerita, tentera Islam menang perang tu dan dapat ghanimah.

            Jadi, kemenangan umat Islam ni adalah daripada pertolongan siapa? Dah semestinya pertolongan Allah. Takkan syaitan yang tolong Umat Islam kan? Boleh rujuk ayat di bawah.

وَمَا جَعَلَهُ ٱللَّهُ إِلَّا بُشۡرَىٰ وَلِتَطۡمَئِنَّ بِهِۦ قُلُوبُكُمۡۚ وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ  ١٠ [ الأنفال:10-10]
10.  Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan (pertolongan) itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al Anfal:10]

Jadi, dapat kita simpulkan bahawa BANTUAN ALLAH ni WUJUD.

KENAPA AL-QUDS TIDAK DIBANTU?
        Well, everyone knows that Baitul Maqdis ni tempat suci ketiga dalam Islam. Bahkan, kanak-kanak berumur 4 tahun pun tahu. Jadi, Baitul Maqdis ni sangat penting untuk dipertahankan daripada ancaman Zionis dan sebagainya.
           
Ya, kita tahu perkara itu.

Tapi, sejauh manakah bantuan Allah itu akan hadir?

            Saya tak nafikan. Antara bantuan manusia dan bantuan Allah, bantuan Allah itu lebih besar dan paling hebat. Tapi, sebagai seorang Muslim, wajarkah kita hanya menunggu bantuan Allah sambil melihat saudara sendiri dibom, dicederakan bahkan dibunuh?

            Cubalah buka minda kita. Adakah ini gaya pemikiran kita? Alhamdulillah kepada yang sentiasa menghulurkan bantuan dari segi kewangan, qunut nazilah, doa dan sebagainya.

            Namun, dalam kita sedar, adakah semua bantuan itu memberi kebebasan dan kemenangan kepada mereka? Sudah tentu TIDAK. Mengapa?

            “Allah tak beri pertolongan kepada Umat Islam di sana kerana Umat Islam sendiri. Ia berkait rapat. Seolah-olah rapatnya lutut dan pelipat.”

            Ye ke? Yup.

            Itulah sebabnya. Jadi, apa kaitannya?

SATU, sebab umat Islam tinggalkan dakwah dalam kehidupan.

Percaya tak, disebabkan kurangnya amar ma’ruf nahi mungkar, Allah tak beri pertolongan sepenuhnya kepada Palestin dan negara Islam lain.

            Masih nak membantah? Jom saya beri dalilnya.
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepda kalian: ‘Serulah manusia ke arah kebaikan, dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran, sebelum datang satu masa, di mana jika kalian BERDOA, tetapi doa kalian TIDAK AKU KABULKAN. Kalian MEMINTA KEPADAKU, tetapi aku TIDAK MEMBERI pada kalian. Dan kalian MEMINTA TOLONG kepadaku, tetapi, aku TIDAK MENOLONG kalian!!”

Hadis riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban

Daripada hadis di atas, kita dapat simpulkan bahawa:-
Disebabkan kurang dakwah, Allah akan
1)    Tidak memakbulkan doa kita
2)    Tidak menunaikan permintaan kita
3)    Tidak membantu kita

Inilah realitinya. Jadi, masih nak salahkan orang lain ke?

DUA, disebabkan dosa dan maksiat kita

            Ini sangat menakutkan. Sebab apa? Sebab disebabkan dosa kita, habis satu negara Allah tak tolong. Disebabkan kita jugak, sampai sekarang mereka sengsara.

            Tak percaya jugak? Jom kita soroti kisah ni. Dipetik daripada tarbiahsentap.com

Suatu ketika, negeri nabi musa dan kaumnya di landa KEMARAU yang sangat teruk. Dan akibat dari kemarau ini, semua kaum nabi musa terasa kesusahan dan terdesak. Lalu mereka menunaikan solat meminta hujan beramai-ramai. Lalu nabi pun berdoa agar Allah turunkan hujan. Lalu Allah jawab:

“Di tengah-tengah kalian, ada seorang hamba yang telah melakukan maksiat kepadaKU selama 40 tahun. Oleh kerana itu, aku tidak menurunkan hujan sehinggalah dia keluar dari negeri kalian!”

Lalu, nabi musa pun menyuruh lelaki tersebut mengaku dan keluar. Pada masa yang sama, lelaki yang berdosa tu TERASA, dan dia rasa malu dan bersalah. Dia malu nak mengaku, dia takut di kutuk dan di ejek. Terus dia rasa menyesal dan insaf. Lalu laki tu berkata dalam hatinya:

“Ya Allah, kalau aku mengaku dan keluar dari negeri ini, aku dah bukak aib aku sendiri. Tapi, kalau aku masih duduk dalam negeri ni, semua penduduk akan mati kehausan di sebabkan aku! Ya Allah, tutuplah aibku, dan terimalah taubatku ya Allah! Mulai hari ini aku akan bertaubat!!”

Tidak lama lepas tu, hujan pun turun dengan lebatnya! Nabi musa terkejut, sebab takde siapa pun yang mengaku dan keluar dari negeri. Lalu nabi musa bertanya pada Allah:

“Ya Allah, hujan dah turun! Padahal, takde sorang pun yang keluar dari negeri ini!”

Lalu Allah jawab:

“Hujan turun, kerana taubatnya hambaKu yang dahulunya bermaksiat kepadaKu…"

And then nabi musa balas:

“Ya Allah, kalau begitu, tunjukkan kepadaku siapakah orang tu…”

Dan Allah jawab dengan jawapan yang cukup menyentuh hati saya:

“Aku telah menutup aibnya. Apakah aku akan membuka aibnya sedangkan dia dah bertaubat??!”

Nampak tak? Disebabkan dosa seorang, habis satu kawasan tu kemarau tak ada hujan. Mujurlah dia bertaubat. Kalau tak, mungkin masa tu, semua mati kehausan.

KETIGA, disebabkan umat Islam tidak bersatu.

Disebabkan kita ni saling mencaci jugalah penyebab umat Islam di sana ditindas cukup-cukup.

Nak bukti jugak?

Baik, ini dia.

“Apabila umatku telah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan islam. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar(dakwah), maka akan hilang dari mereka keberkatan wahyu. Dan apabila UMATKU SALING MENGHINA, maka JATUHLAH mereka dari PANDANGAN ALLAH!!”

(Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)

KESIMPULAN
So, dah sedar ke belum yang sebenarnya bukan sahaja puak Zionis, Israel dan seangkatan dengannya punca berlaku penindasan di sana, bahkan UMAT ISLAM sendirilah puncanya.

            Sanggupkah kita sekarang duduk senang lenang tanpa memikirkan tentang keadaan mereka di sana?

            Sanggupkah kita melihat musuh-musuh Islam bergelak ketawa dengan keadaan Umat Islam di Palestin yang sengsara?

            Sanggupkah kita melakukan sesuatu yang pada akhirnya menyebabkan mereka sengsara?

            Atau, dengan cara kita BERBALIK SEMULA PADA JALAN YANG BETUL, semua keadaan ini akan pulih?

            Tidakkah kita impikan suatu dunia yang baharu? Dunia yang aman? Dunia yang menegakkan ajaran Islam? Tidakkan kita fikir tentang itu?

            Maka, bangkitlah semua. Ayuh kita balik ke pangkal jalan. Ubah apa yang patut. Buatlah kerja kerja dakwah mengikut kemampuan kita. Tinggalkan dosa dan maksiat. Insya-Allah dengan itu, bantuan Allah pasti hadir dan  penindasan tidak berlaku.

            Lakukanlah perubahan. Kuasa di tangan anda sekarang. Ayuh, pemuda pemudi Islam. Kibarkan semangat Islam di serata dunia. Sentiasalah berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah!

            BANGKITLAH MEMPERJUANGKAN ISLAM!

            ALLAHU AKBAR!

P/S:Kisah Nabi Musa dipetik daripada hasil penulisan Ustaz Adnin Roslan, dan kebanyakan idea diolah daripada hasil penulisan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...