Sabtu, 12 Mei 2018

BERKAT


KADANG, HIDUP KITA TAK BERKAT
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi baca bab tentang berkat.
            Sejujurnya saya katakan, walaupun saya yang menulis buku ni, namun bukanlah saya orang yang paling layak untuk menulis tentang perkara yang saya cakapkan.
Ramai lagi orang di luar sana yang lebih arif daripada saya. Ilmu saya ni hanyalah setitik ilmu mereka, bahkan kalau hendak dibandingkan dengan ilmu Allah, saya memang tidak tersenarai.
Tetapi, berdasarkan ilmu yang saya dapat, saya akan olah mengikut idea dan gaya bahasa saya. Moga-moga para pembaca dapat mengambil ibrah daripada apa-apa sahaja yang saya nak sampaikan. Mohon tidak kecam saya. Hehehe.
Baiklah, saya akan memulakan dengan memperkenalkan kepada anda tentang BERKAT. Apa itu BERKAT?
BERKAT
Apa maksud berkat? Berkat asalnya daripada bahasa Arab, barokah yang bermaksud kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia. Itu sahaja.
            Jadi, dapat disimpulkan bahawa:-
Berkat membawa kebaikan.
Orang yang hidupnya berkat sentiasa mendapat kebaikan.
Orang bergaji rendah, tetapi hidup bahagia ialah orang yang mendapat keberkatan.
Orang bergaji tinggi, tetapi hidup tidak bahagia ialah orang yang kurang mendapat keberkatan.

Mudah kan?
Berkat ini dikurniakan daripada Allah SWT kepada manusia. Bergantung pada manusia nak atau tak nak.
PELIK?
        Sekarang yang menjadi persoalan kita ialah, kenapa orang kaya hidupnya tak berkat?
Saya bagi contoh situasi:-
            Wahid ada 5 syarikat di Malaysia. Beliau juga merupakan pelabur di 10 syarikat terkenal di Amerika Syarikat. Rumah ada 7 buah. Kereta 12 buah.
Tapi……
            Wahid sentiasa gundah gulana. Selalu tak tenang. Hati selalu nakkan lebih lagi.

Kenapa jadi macam ni? Sebab hidupnya tak berkat.
MACAM MANA NAK BERKAT?
        Baiklah. Jadi, berkat ini sesuatu yang penting, agar hidup kita dipenuhi dengan kebaikan.
So, apakah cara-cara untuk mendapat keberkatan daripada Allah SWT?
Saya akan listkan beberapa cara. Harapa anda semua dapat hayati dan amalkan.
1.     Sentiasa berdamping dengan al-Quran
Ya. Dengan cara kita sentiasa berdampingan dengan al-Quran, kita akan memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Allah SWT pernah berfirman dalam Surah Sod ayat 29. Firmannya:
كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ  ٢٩ [ ص:29-29]
29.  Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. [Sad:29]
Apabila kita membaca al-Quran, maka secara automatic kita dapat mempelajari maknanya. Sesungguhnya, apabila jiwa kita mula terikat dengan al-Quran, maka jiwa kita akan sentiasa berasa tenang. Jiwa kita yang rasa kosong, akan mula dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

            Hal ini pernah terjadi pada Sayyidina Umar RA. Sewaktu beliau masih belum Islam, beliau terdengar adiknya membaca al-Quran. Dan apabila dia membaca surah Toha, hatinya yang keras kian menjadi lembut dan sedar bahawa al-Quran tidak dijadikan oleh manusia, tetapi oleh Sang Pencipta. Hal ini membawa kepada keislaman beliau. Itulah cantiknya al-Quran.
            Selain itu, apabila kita membaca ayat al-Quran yang berkaitan dengan amaran, hati kita akan berasa gerund an bertambahlah iman dalam diri kita. Bila iman meningkat, keberkatan juga menjadi banyak.
2.     Sentiasa berkongsi

Saya sedar. Zaman sekarang ni orang memang susah nak berkongsi. Kalau dapat rezeki, memang jauh sekali terfikir untuk bagi pada orang lain.

Ya, perkara tu rasa macam merugikan kita. Malahan perkara itu membuatkan hati kita tidak senang.

Tapi, percayalah, sebenarnya rezeki kita bukan untuk kita sahaja. Tapi sebenarnya untuk orang lain juga.

Kita tak sedar, yang kadang-kadang Allah beri rezeki lebih kepada kita, untuk kita beri kepada orang lain.

Itulah kunci untuk mendapat keberkatan rezeki.

Tak guna juga kalau kita dapat rezeki yang banyak, tapi taka da keberkatan. Takut-takut nanti rezeki tu Cuma macam air laut, makin digunakan makin tak cukup.

Betul tak? Cuba belajar untuk memberi. Cuba. Memang susah. Saya pun kadang-kadang susah jugak. Tapi mungkin dengan gaji kita, orang lain dapat hidup dengan lebih baik, dan rajin beribadah kepada Allah. Kita pun dapat pahala sama .

            Dan banyak lagilah cara-cara untuk mendapat keberkatan.
KESIMPULAN
       
Secara keseluruhannya, saya tak bercakap panjang pun tentang berkat ni. Sebab saya percaya anda semua dah tahu pun sebenarnya, kan?
            So, saya Cuma tulis tentang cara untuk mendapat keberkatan. Itu sahaja. Hehehe.
            Moga-moga penulisan saya yang sedikit ini dapat menambahkan ilmu para pembaca. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...