Isnin, 7 Mei 2018

JATI DIRI

Allah dah bagi jalan keluar untuk kegagalan. Kau perasan tak?

Baiklah, sebelum tu saya nak ucapkan tahniah kepada anda semua yang dah menghabiskan masa anda untuk baca entri saya. Moga Allah SWT kurniakan kalian syurga tertinggi, Syurga Firdaus!
            Dalam entri kali ni, saya nak ketengahkan tentang isu bunuh diri, cederakan diri dan bermacam lagilah masalah rakyat Malaysia yang melakukan sesuatu di luar kawalan akibat kesesalan terhadap masalah hidup.
            Kalau kita buat kajian tentang kes bunuh diri, kita akan dapati yang orang lain buat kajian:-
·        60 kes bunuh diri dalam sebulan
·        7 kes bunuh diri dalam sehari
·        65% kes melibatkan golongan lelaki
            Kalau untuk kes dadah pulak:-
·        Kes di Terengganu 2014-854 kes
·        Kes di terengganu 2015-1123 kes (Peningkatan sebanyak 23%)
·        58% banduan penjara berkaitan masalah dadah
·        Dan kalau saya tulis lagi, mungkin beribu-ribu lagi. Jadi boleh layari laman web AADK sendiri ye
Wow!😳 Banyak gila kes. Tu tak termasuk lagi kes cederakan diri, ada yang potong jari, overdose dan sebagainya.
Kalau tak ada laporan atau statistik pun, kita boleh tengok dengan mata kepala kita yang waras ni, betapa banyaknya kes kes macam ni berlaku kat sekeliling kita, dan saya rasa ada juga yang ahli keluarga mereka sendiri melakukan perkara tersebut. Perkara tu seperti wajib berlaku dalam hidup kita.
            Tapi, masalahnya apa. Masalahnya ialah, kenapa terlalu banyak kes sebegini berlaku di negara kita? Kenapa disebabkan sedikit kegagalan menyebabkan kebanyakan golongan muda hilang kewarasan. Maaf dalam kes ni saya sedikit serius.
            Apa masalahnya? Kenapa kena berlaku. Baik. Saya akan ceritakan sebabnya. Sebelum tu, diminta anda semua pergi bancuh kopi, baru nampak hipster, ok gurau je.

INI MASALAH KITA
        Sebenarnya, masalah mereka ialah kurang atau hilang JATI DIRI. Saya ulang, JATI DIRI. Itu je. Kalau mereka ada jati diri yang kukuh, maka insya-Allah tak berlaku kes bunuh diri ke apa, gantung kat kipas la apa semua.
            Mereka ni dah tak ada jati diri. Dalam kamus dewan, kita dapati maksud jati diri ialah:- sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti.
            Tapi, bagi saya, mudah untuk difahami, jati diri ni saya anggap sebagai kepercayaan terhadap diri sendiri. Jati diri ni macam sesuatu semangat diri sendiri yang menjadi teras untuk berjaya. Jati diri ni juga bermaksud satu proses di mana kita mencari semula diri kita yang hilang. Diri kita yang tercemar.
            Mudahkan?
            Secara ringkas, jati diri ni kita anggap sebagai sesuatu yang sangat penting. Macam bateri untuk roh kita. Kalau kita tak ada jati diri, tak ada semangat untuk buat baik, maka diri kita akan rundum. Kita akan jadi hilang self-confident. Nak nak bila kita ditimpa masalah. Kena sikit masalah terus down dan sebagainya.
KENAPA BOLEH TAK ADA JATI DIRI?
        “Kenapa kita boleh tak ada jati diri? Nabi nabi dulu ada jati diri ke? Dia tak cakap pun.”
            Yup, semua orang yang berjaya terdahulu, semuanya ada jati diri. Saya bagi contoh,
            Dulu, Nabi Ibrahim ada ayah yang menjadi pengukir berhala. Dari kecil lagi Nabi ibrahim tak suka pada berhala. Walaupun orang sekelilingnya menyembah berhala, dia tetap dengan pendirian dia untuk tidak meletakkan berhala sebagai Tuhan dalam diri dia. Sampailah satu tahap di mana Allah melantik Nabi Ibrahim sebagai nabi, maka baginda mula mempercayai kewujudan satu Tuhan yang sangat hebat, yakni Allah Azza Wa Jalla.
            Baginda mula berdakwah dengan bersungguh-sungguh. Masa tu ada satu raja yang sangat zalim. Si penyembah berhala. Raja Namrud. Dipendekkan cerita, Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud. Sampai dia kena bakar. Akhirnya, Allah matikan Namrud dan orang terima dakwah Nabi Ibrahim
Apa yang kita dapat daripada cerita di atas?
            Nabi Ibrahim mempunyai jati diri yang sangat tinggi, sampaikan tahap nak kena bakar, dia masih yakin dengan Allah. Itulah jati diri.

Cerita kedua
            Dulu, Nabi Yunus dilantik oleh Allah untuk memberi seruan kepada penduduk Ninawa atau Nenneva. Penduduk Nenneva pun menyembah berhala jugak. Nabi Yunus yakin bahawa baginda boleh dakwah kepada penduduk situ untuk tinggalkan berhala dan kembali mentaati Allah SWT.
            Bermacam-macam cara baginda buat. Boleh katakan semua benda baginda buat untuk yakinkan penduduk Nenneva.
            Tapi, apa baginda dapat? Baginda cuma dipinggirkan, tak diterima seruan dakwah dia, dicaci, dimaki dan bermacam-macam lagi tentangan.
            Baginda seakan-akan mengalah dah. Baginda rasa dah tiba masa untuk keluar dari situ dan memulakan kehidupan yang baru di tempat lain.
            Dipendekkan cerita, baginda naik bot dengan beberapa orang lagi. Sehingga ribut, mereka perlu membuang orang ke laut bagi meringankan bot supaya tak karam. Mereka semua cabut undi, tapi sampai 3 kali duk ulang-ulang, nama Nabi Yunus jugak yang dicabut. Memang itu perancangan Allah supaya Nabi Yunus terjun ke laut.
            Semua tak setuju yang Nabi Yunus yang kena terjun. Tapi, Nabi Yunus pasrah. Baginda terima keputusan tu. Bila baginda terjun tu, ada seekor ikan yang besar telan Nabi Yunus.
            Secar ringkasnya, Nabi Yunus terpaksa menjalani kehidupan dalam perut ikan tu. Dia tak ada pilihan. Tapi, selama dia dalam tu, dia bertasbih yang kita selalu baca tu. Dalam perut ikan tu la Nabi Yunus menyesal, sebab dia berputus asa berdakwah kepada kaum dia. Dia menyesal sangat-sangat. Akhirnya, Allah buatkan ikan tu muntahkan balik Nabi Yunus.
            Akhirnya, kaum baginda terima seruan tu dan kembali mentaati Allah.
Apa yang kita boleh dapat daripada cerita ni?
            Nabi Yunus pun pernah hilang jati diri jugak. Baginda berputus asa. Tapi lepas Allah uji baginda dengan insiden tu, baginda kembali charge jiwanya. Baginda kembali mendapat semangat. Baginda dah bersemangat semula untuk berdakwah dan akhirnya semua usaha dia berbaloi.

Bila dah baca kedua-dua cerita ni, kita mendapati bahawa       1. Jati diri ni perlu dicari
2. Bukan setakat cari, Allah akan uji kita dengan bermacam-macam ujian supaya kita dapat jati diri.
Faham?

Jadi dah tak ada soalan : Kenapa tak ada jati diri?
Jawapannya, sebab kita tak cari dan kita berputus asa dengan ujian Allah.
            So, apa cara untuk dapatkan jati diri yang sebenar-benarnya?
PENCARIAN JATI DIRI
            Baiklah, cara untuk menemukan jati diri ni sebenarnya sangat mudah. Cuma buka al-Quran, semua terjawab. Ikuti step dibawah ye.
1.     Tahu bagaimana manusia diciptakan

Mula-mula kita kena tahu bagaimana Allah ciptakan kita menerusi ayat dalam alquran di bawah:

Allah ciptakan manusia secara berperingkat:
مَّا لَكُمۡ لَا تَرۡجُونَ لِلَّهِ وَقَارٗا  ١٣ وَقَدۡ خَلَقَكُمۡ أَطۡوَارًا  ١٤ [ نوح:13-14]
13.  Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? [Nuh:13]
14.  Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. [Nuh:14]



       
        Proses:
            وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن سُلَٰلَةٖ مِّن طِينٖ  ١٢ ثُمَّ جَعَلۡنَٰهُ نُطۡفَةٗ فِي قَرَارٖ مَّكِينٖ  ١٣ ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةٗ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةٗ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَٰمٗا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَٰمَ لَحۡمٗا ثُمَّ أَنشَأۡنَٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَٰلِقِينَ  ١٤ [ المؤمنون:12-14]
12.  Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. [Al Mu"minun:12]
13.  Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). [Al Mu"minun:13]
14.  Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. [Al Mu"minun:14]

            Peniupan roh:
            ثُمَّ سَوَّىٰهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفِۡٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ  ٩ [ السجدة:9-9]
9.  Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. [As Sajdah:9]

Ha, lepas tu cukup 9 bulan, manusia dilahirkan.

2.     Tahu tujuan kita dijadikan di muka bumi
Tujuan kita dijadikan adalaah untuk menjadi kahlifah di muka bumi

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ  ٣٠ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبُِٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ  ٣١ قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ  ٣٢ قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ  ٣٣ [ البقرة:30-33]
30.  Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [Al Baqarah:30]
31.  Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [Al Baqarah:31]
32.  Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Al Baqarah:32]
33.  Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" [Al Baqarah:33]

3.     Lakukan perintah Allah
Ni saya tak kemukan ayat al-Quran, sebabnya memang banyak. Banyak ayat yang Allah cakap suruh buat suruhan dia dan jangan langgar perintah dia.
4.     Sentiasa berfikiran positif

Walau apa pun yang berlaku dalam diri kita, sentiasa berfikiran positif, sentiasa cari kebaikan dalam setiap perkara yang berlaku. Saya pernah oleh cikgu saya. Beliau kata kita ni kena sentiasa ucap “Allah Maha Okey”. Itu formula dia. Beliau ajar saya sampailah saya akan rasa positif sepanjang masa.

Ni saya kongsikan pengalaman saya sendiri ye.

Pernah satu kali tu, saya dengan kawan baik saya naik motor dari sekolah nak ke kedai makan. Jadi, masa tu saya lupa sangat-sangat yang saya tak pakai helmet. Memang saya terlupa. Jap, benda ni baru je berlaku tahun ni jugak.

Pastu masa dekat bandar tu, ada polis trafik tahan kitorang dan saman saya. Waktu tu hidup saya memang kelam gila. Sebab sebelum ni saya tak pernah kena saman. Dan malu jugak la. Saya takut mak saya tahu. Jadi, saya pun mintak pendapat cikgu tu dan itulah tips yang beliau bagi, dan akhirnya memang, apa yang kita fikirkan insya-Allah itu yang akan terjadi, dan Cuma muak mak saya je marah, tapi tak kena marah. Heheheh. Itu je.
            Baiklah, setelah semua langkah ni kita buat. Akan timbul persoalan dalam diri kita:-
            “Apa aku kena buat?”
            Jawapannya, sentiasa mengharapkan kebaikan dalam kehidupan, tabah dalam segala ujian, tidak mudah berputus asa dan tidak terlalu bersedih dengan ujian.
            Insya-Allah, Allah akan melapangkan dada kita dan kita dapat mencapai kejayaan yang gemilang.
KESIMPULAN
        Wah, tahniah sebab dapat  baca sampai kesimpulan. Kesimpulannya, kita dah tahu bahawa jati diri ni sangat sangat penting untuk kita berjaya. Kalau tak ada jati diri, maka diri kita tiada pegangan hidup, dan mungkin disebabkan tu juga kita boleh tersalah langkah dan hilang kewarasan bila diuji oleh Allah. So, marilah kita sama sama membentuk jati diri masing-masing untuk menjadi pemuda yang dirindukan Rasulullah =).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...