Selasa, 8 Mei 2018

MAAF


Maafkan senang, lupakan susah

Alhamdulillah, sekali lagi saya nak ucapkan ribuan tahniah kepada para pembaca yang tidak jemu membaca penulisan saya yang tak berapa nak sedap ni. Ha insya-Allah lepas ni kalau rasa tak sedap, boleh tambah ajino-moto ye, hehehe.

            Baiklah, dalam tajuk kali ini, saya nak bercerita tentang MAAF. Ya, tajuknya pendek sangat, tapi membawa maksud yang lebih besar daripada lautan.

            Saya sedar yang tajuk maaf ni sangat penting untuk dibincangkan. Sebab tu saya tengah tulis ni hehehe.

            Baiklah. Sedar tak sedar kita ni dah berada di akhir zaman (apa kaitannya?)

            Saya nak tanya. Berapa ramai yang pernah disakiti, dikhianati, ditipu, dan pelbagai lagi mak neneknya. Dalam entri ni saya guna “dikhianati” untuk wakili semua.

            Saya nak tanya, sakit tak hati? Of coz sakit, sebab saya pun pernah dikhianati, oleh kawan saya hehehe.

            Apa perasaan kita masa tu? Kita mesti rasa sakit hati sampai pedih hulu hati dan ketidakhadaman kan? Time tu, kita mesti rasa ya Allah, sakitnya hati ni, pedihnya lebih daripada anda ambil pisau yang tajam dan hiris hati anda. Perasaan dikhianati ni for sure semua orang akan cakap sakit.

MAAF
        Persoalannya ialah, adakah kita sudah memaafkan orang yang mengkhianati kita tu? Adakah hati kita ni reda dengan apa yang berlaku? Adakah itu diri kita?

            Ataupun kita tidak maafkankan orang itu, tidak reda dan itu juga diri kita?

            Yang mana satu anda? Cubalah tanya diri tu.

            “Aku tak nak maafkan dia sebab dia dah buat macam-macam kat aku. Aku benci dia!

            Tapi, insya-Allah ada kebaikannya kalau kita ni maafkan kesalahan orang lain. Percaya tak?

KENAPA KENA MAAFKAN?
        Baiklah, saya straight to the point ye.

            Sebab kita kena maafkan orang lain ialah, kerana Allah akan memafkan dosa orang yang memaafkan tu.

            Ya, sebab tu lah. Sebenarnya, Allah saja mentakdirkan kita untuk berjumpa dengan orang yang menyakitkan hati kita, untuk apa? Semata-mata nak maafkan kita. Baik tak Allah? Baik kan? Itulah Tuhan kita yang maha Agung. Dia nak yang terbaik untuk kita.

            Saya akan “boom”kan banyak bukti. Jadi, saya minta anda baca satu per satu ye.
وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ  ٢٢ [ النّور:22-22]
22.  Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, [An Nur:22]
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَٰجِكُمۡ وَأَوۡلَٰدِكُمۡ عَدُوّٗا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن تَعۡفُواْ وَتَصۡفَحُواْ وَتَغۡفِرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ  ١٤ [ الـتغابن:14-14]
14.  Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [At Taghabun:14]
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ  ١٣٤ [ آل عمران:134-134]
134.  (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [Al 'Imran:134]

            Kedua, orang yang pemaaf ni orang yang mulia.

Wah! SIapa tak nak kemuliaan? Yup, semua orang nak. Jom kita tengok dalilnya.

“Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”

HR Muslim:2588
Satu hadis qudsi menyebutkan:

“Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”
Allah Azza wa Jalla berfirman.
“Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Best tak jadi pemaaf ni? Yess.

MARAH

        Tapi, kadang-kadang disebabkan api kemarahanlah yang kita tak dapat nak maafkan orang kan?

            Nafsu amarah ni akan sentiasa menymbar hati kita supaya jadi panas. Dia ni sangat tak suka bila kita maafkan orang. Dan kadang-kadang disebabkan syaitan jugak.

            Betul, saya tahu. Bukan suatu perkara yang mudah untuk kita maafkan orang. Bukan mudah. Bahkan Allah sendiri berfirman dalam al-Quran,:

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ  ٤٣ [ الشورى:43-43]
43.  Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk . pekerjaan yang berat ditanggung [Ash-Shura:43]

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Dan, satu lagi. Kemaafan memang tak dapat padamkan masa silam, tapi sesungguhnya ia mempermudahkan masa hadapan. Percayalah!

            So, saya akan ceritakan cara untuk kita kawal kemarahan kita. Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf. Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahi minassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.  Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air sejuk. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Then, lepas tu. Barulah berfikir. Jangan buat keputusan masa syaitan. So, lepas ambil wuduk, barulah fikir pasal nak maafkan ke tak.

KESIMPULAN
        Secara keseluruhan, kita dah faham tentang semua yang berkaitan dengan maaf. Semua ya.

            Saya sedar, memafkan ni bukan suatu perkara yang mudah. Saya pun kadang-kadang susah nak maafkan orang. Kalau dah maafkan pun belum tentu kita lupakan. Susah. Sangat sangat susah.

            Tapi sedarlah, dengan kemaafan kita tu, sebenarnya Allah nak ampunkan dosa kita. Bukan saja saja Allah datangkan orang yang buat salah dengan kita. Cuma kita je yang tak sedar.

            Sedarlah, sekali kita maafkan, bukan satu dosa Allah ampunkan, malahan lebih daripada itu. Moga-moga kita semua termasuk dalam golongan yang pemaaf dan pemuda yang dirindui Rasulullah =).


Boleh follow Instagram admin: www.instagram.com/mohamad_asman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...