Sabtu, 5 Mei 2018

ZIKIR



Semua perlukan makanan. Tak kira manusia, haiwan, tumbuhan, even jin pun kena ada makanan. But, kita selalu lupa, manusia ada dua, jasmani dan rohani. Makanan jasmani kau dah kenyang, rohani?
Kalau kita pergi ke mana-mana sekalipun, confirm ada kedai makan, betul tak?
Kalau awak pergi ke KL, kedai makan, banyak. Kalau pergi Ipoh, kedai makan, berlambak, dan kalau pergi Rompin pulak, tempat saya ni, tak terkira jumlah kedai makannya.
Kedai makan jual apa?
Makanan atau basikal?
Mestilah makanan kan?
So, apa tujuan kita pergi kedai makan, duduk saja atas kerusi atau nak makan?
Mestilah makan.
Maaf kalau ayat saya ni annoying. Hehehe.
So, persoalan dia adalah, makanan tu untuk siapa?
Semestinya untuk manusia.
 Sedar tak sedar, setiap kali kita makan, kita akan kenyangkan perut kita, yakni jasmani kita.
Yang ni budak 6 tahun pun faham ni.
Kalau anda tak faham silalah makan kismis banyak banyak.
KAU DAH KENYANG KE BELUM?
Maaflah, kalau saya terlalu tertumpu pada makanan.
I’m not talking about foods now,
dan bukan jugak nak buat rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Hehehe.
 Saya nak tanya awak, dah kenyang ke belum?
Pada yang dah makan tu, alhamdulillah dah kenyang.
Tapi, kita kadang-kadang terlepas pandang.
Manusia terdiri daripada dua sebenarnya.
Satu jasmani yang fizikal kita, satu lagi rohani, yakni roh dalam fizikal kita.
Dan rohani perlukan makanan juga.
“What? Rohani kena makan?” Yup.
“So, makanan yang saya makan selama ni roh ke yang makan?”
Adoi.
Jangan macam macam.
Sebenarnya macam ni kalau nak faham.
Nasi goreng-makanan fizikal
Zikir-makanan rohani
Berpandukan persamaan di atas,
zikir ialah makanan kita.
Tapi, kenapa tak rasa kenyang?
Sebabnya memang zikir tak buat perut awak kenyang, tapi buat hati awak kenyang.
Hati kita ni perlukan makan rohani,
barulah kita rasa tenang.
Rasa puas.
Rasa selesa.
Tak gundah gulana dan sebagainya.
KENA BELI KE MAKANAN ROHANI?
Tak, langsung tak.
Ia percuma daripada Allah.
Ia boleh didapati daripada mana-mana “kedai” badan anda.
Apa yang perlu anda buat,
hanyalah beribadah dengan benar-benar ikhlas kepada Allah.
Itu yang Allah nak.
Allah nak kita kembali pada dia.
Tahu tak setiap kali dalam hidup kita, Allah rindu hamba-Nya.
Kenapa kita tak sedar? Itulah, bila hati ni dah hitam dengan dosa noda, semua yang baik kita tak nampak.
APA JADI KALAU TIADA MAKANAN ROHANI?
Badan kita ni akan jadi tak seimbang kalau kita cuma makan nasi tanpa solat.
Makan mi goreng tanpa ingat Allah.
Kenapa saya cakap macam tu?
Sebab bila seseorang tu dah terlalu kenyang dengan makanan dunia,
maka sedikit demi sedikit dia akan lupakan akhirat dia dan beribadah.
Dia akan lupakan allah.
Sebab tu lah dalam satu hadis tu nabi cakap bila makan,
berhenti sebelum rasa kenyang.
Kenapa?
Sebab takut-takut kita jadi macam nilah.
Makanan rohani dah tak ada.
DALIL TENTANG ZIKIR
Saya akan senaraikan ayat al-Quran tentang zikir.
Moh hayati!
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرٗا كَثِيرٗا  ٤١ [ الأحزاب:41-41]
41.  Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. [Al Ahzab:41]
فَإِذَا قَضَيۡتُم مَّنَٰسِكَكُمۡ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَذِكۡرِكُمۡ ءَابَآءَكُمۡ أَوۡ أَشَدَّ ذِكۡرٗاۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖ  ٢٠٠ [ البقرة:200-200]
200.  Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berdzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berdzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. [Al Baqarah:200]
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ  ١٩١ [ آل عمران:191-191]
191.  (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [Al 'Imran:191]
إِنَّ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَٰتِ وَٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ وَٱلۡقَٰنِتِينَ وَٱلۡقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلۡخَٰشِعِينَ وَٱلۡخَٰشِعَٰتِ وَٱلۡمُتَصَدِّقِينَ وَٱلۡمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلۡحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمۡ وَٱلۡحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمٗا  ٣٥ [ الأحزاب:35-35]
35.  Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. [Al Ahzab:35]


CARANYA APA?
        Baiklah.
Saya akan senaraikan beberapa saranan zikir.
Tapi, perlu diingatkan bahawa tak kisah pun sebenarnya zikir yang kita hendak amalkan.
Apa yang penting ialah, kita ada effort untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
·        Subhanallah
Apakah maksud Subanallah?
Subhanallah bermaksud Maha Suci Allah.
Apabila kita mengamalkan zikir ini,
maka hati kita akan sentiasa berkata bahawa Allah SWT itu suci daripada kekotoran dan kecacatan.
Jadi, kita dapat membina akidah yang kukuh dan utuh.
      Semua orang ada kekurangan.
Tapi, bagi Allahlah segala kesempurnaan.
Allah itu bebas daripada segala kekotoran.
·        Alhamdulillah
Alhamdulillah pula bermaksud segala puji bagi Allah.
Ya, kita boleh memuji manusia.
Kita boleh puji lelaki yang kacak,
wanita yang cantik,
pelajar yang pandai,
tapi kita lupa.
Kita lupa bahawa segala kelebihan yang ada pada seseorang itu tak lain hanyalah daripada Allah SWT.
Kalau Allah tak beri, maka mereka hanyalah manusia biasa yang tiada kelebihan.
Maka, perlulah kita sedar bahawa hanya Allah yang mempunyai kelebihan begitu.
Apabila ada orang memuji kita,
maka seeloknya kita kembalikan puji-pujian itu kepada Allah semula.
 Dengan cara apa?
Dengan menyebut “Ha za min fadli rabbi” yang bermaksud (kelebihan) itu hanyalah daripada Tuhanku.
Mudah kan?
Selain daripada berzikir,
pada masa yang sama kita dapat berdakwah pula kepada orang itu.
Bak kata omputeh, kills two birds with one stone. Hehehee.
·        Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
Lailahaillallah ni dah biasa dengar kan?
So, saya tak perlu kot cerita panjang-panjang. Tapi, saya nak cerita jugak.

Apabila lailahaillallah diungkapkan,
maka sepatutnya dalam hati kita yakin dengan sebenar-benar keyakinan bahawasanya,

Allah ialah satu-satunya Tuhan yang ada.
Dia yang berhak disembah.
Allah mentadbir alam ini,
bahkan segala sesuatu tanpa perlu bantuan orang lain. Allahlah tuhan yang telah menciptakan kita, tumbuh-tumbuhan, haiwan, jin, malaikat, syaitan, bumi, udara, langit, syurga, neraka dan segala-galanya.

Muhammad bin Abdullah ialah pesuruh Allah SWT yang dilantik oleh Allah menerusi Malaikat Jibril.
Nabi Muhammad merupakan pesuruh Allah yang terakhir untuk umatnya iaitu kita.
Nabi Muhmmad juga menyampaikan risalah yang betul daripada Allah SWT, yakni al-Quran.
Nabi Muhammad juga maksum, iaitu bebas daripada dosa.
Nabi Muhammad merupakan pemimpin yang terbaik di bumi.
Baginda ialah role model terbaik untuk umat manusia.
Ha, nampak je pendek ayat tu. Tapi, maksud dia sangat mendalam.
Saya tak nak cerita lagi. Korang boleh cari dan belajar sendiri daripada Alim Ulamak. Sekian.
KESIMPULAN
    Secara keseluruhannya, perhatikanlah balik apa yang kita makan selama ni. Adakah cukup? Di mana makanan rohani kita? Di mana solat kita? Di mana puasa kita? Di mana ketaatan kita pada Allah? Muhasabah diri. Sama macam saya yang selalu makan banyak ni. Hehehe.
     Akhir kalam, saya ingin mengongsikan satu ayat yang berkaitan dengan zikir dari Kekasih kita, Allah SWT.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ  ٢٨
28.  (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...