Ahad, 17 Jun 2018

UKHUWAH


Alhamdulillah.
Pada tajuk kali ini lebih menarik, sebab saya nak tulis tentang ikatan ukhuwah.
Sekarang ni, banyak sangat orang yang ucap
Ukhuwah fillah abadan abada (selama-lamanya) bro!”
Kan?
Dan saya pun terjebak sama juga. Hehehe.
Tapi, ramai yang tak faham konsep ukhuwah ni sebenarnya.

APA TU?
Baiklah. Dengar dulu apa yang saya nak cakap.
Manusia ni Allah SWT cipta berbeza-beza. Ada lelaki, ada perempuan, ada kaya, ada miskin, ada bijak, ada kurang bijak dan sebagainya.
Makhluk bernama manusia ni, diciptakan atas dasar individu dan sosial, iaitu berkelompok.
Rasa nak berkelompok ni sememangnya datang daripada fitrah manusia itu sendiri. Memang, tiada manusia yang boleh hidup seorang diri, melainkan dia memang dah biasa dah.
Tapi, bagi kita, hidup berkelompok ni sangat penting. Sebab apa? Sebab kita ni perlu bergantung antara satu sama lain.
Dan daripada perasaan nilah wujudnya ikatan.
Ikatan kekeluargaan, ikatan persahabatan, ikatan perkahwinan, ikatan perkauman dan ikatan keaagamaan. Lepas tu, bila zaman dah moden, ada pulak ikatan kenegaraan, ikatan bangsa dan sebagainya.
Dalam Islam, semua ikatan ni dipanggil ukhuwah.



SALAH FAHAM TENTANG UKHUWAH
Tapi, kadang-kadang, kita fikir, apa yang kita lakukan dengan orang lain ialah ukhuwah juga. Tidak sebenarnya, ada juga yang tidak.
Ukhuwah ini cuma untuk perkara yang baik sahaja. Kalau perkara tu hanya mendatangkan dosa, baik tak perlulah mengotori jalan ukhuwah ni.
Tolonglah jangan kotorkan. Mungkin disebabkan kita, orang bukan Islam yang lain tak tertarik langsung dengan Islam.
Tapi, ukhuwah ni perlu disulam dengan kebaikan, ibadah, cakap perkara yang baik dan sebagainya.
Itu barulah ukhuwah fillah abadan abada orang kata.
Kita salah faham dengan ukhuwah. Anggap semua perkara itu sebagai ukhuwah.
Contohnya, kalau orang ajak kita pergi tengok wayang waktu maghrib. Kita pergi dan tinggalkan solat. Alasannya, ukhuwah lebih penting daripada Allah SWT. Parah ni.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita sudah memahami tentang ukhuwah.
Berukhuwahlah.Cubalah. Tapi dengan cara yang baik. Bahkan utamakan sesama jantina, bukan ambil ukhuwah sebagai alasan untuk buat maksiat!
Satu lagi, ukhuwah ni memang satu jalan yang manis sebenarnya, jika kita berkasih sayang kerana Allah SWT.
Akhir kata, saya ingin mengongsikan satu ayat al-Quran ni kepada anda.
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٖ وَعُيُونٍ  ٤٥ ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَٰمٍ ءَامِنِينَ  ٤٦ وَنَزَعۡنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ إِخۡوَٰنًا عَلَىٰ سُرُرٖ مُّتَقَٰبِلِينَ  ٤٧
45.  Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). [Al Hijr:45]
46.  (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman" [Al Hijr:46]
47.  Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. [Al Hijr:47]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...