Ahad, 14 Oktober 2018

Kenapa Kau Tak Berpurdah? Bahagian 2


Ini ialah sambungan kepada Kenapa Kau Tak Berpurdah Bahagian 1?. Kalau belum baca, tekan link di bawah:

www.dakwahindie.com/2018/10/kenapa-kau-tak-berpurdah-bahagian-1.html?m=1

Sekadar imbasan, bahagian lalu saya ada menyentuh tentang dua sebab mengapa purdah tidak menjadi pilihan ramai.

Pertama takut dengan pandangan orang lain dan kedua susah untuk istiqomah.
Yang ketiga saya nak hurai panjang sikit.

3) Leceh untuk uruskan.

Kalau pakai baju, apa yang kita kena buat?
Basuh, pakai, basuh, pakai, basuh dan seterusnya.
Samalah juga dengan purdah ni. Kebanyakan niqobis sangat banyak merungut sebab terlalu leceh untuk biasakan diri dengan purdah. Nak kena basuh apa semua.
Ya lah. Purdah kan memang kita pakai di muka. Satu, masa musim sakit. Batuk-batuk dan selesema sememangnya menyebabkan purdah ni bahaya untuk dipakai. Bakteria banyak.

Kemudian pula, pakai purdah ni susah masa nak makan. Nak kena selak lagi apa semua. Lebih lagi kalau terkena makanan. Allahu......
Memang payah untuk uruskan pemakaian purdah ni.

4) Susah tinggalkan mekap dan tidak yakin dengan diri sendiri

Mekap sememangnya sudah signifikan dengan wanita. Jarang kita lihat wanita tidak mekap. Zaman sekarang ni, mekap ni ibarat baju. Kalau tak mekap, ibarat tak pakai baju. Rasa malu kalau tak mekap.

            Kalau muka yang tak bermekap, wanita rasa tak yakin dengan diri sendiri. Rasa diri tak cantiklah, rasa tak manislah, rasa buruklah dan pelbagai lagi rasa.

            Kes yang lebih berat adalah pada wanita yang memang kerap bermekap. Kalau tak mekap rasa tak sah. Jadi bila berniqob, orang tak nampak kecantikan dia. Kalau nak buat kerja pun susah. Mereka rasa apa yang mereka cakap semua tak kena.

5) Terpengaruh dengan dakyah:”Niqobis pun buat dosa”

Inilah point saya yang paling penting sekali.
Kebanyakan daripada kita memang selalu dengar ayat-ayat ni keluar dari rakan sekeliling:

“Niqobis pun ada yang masuk neraka”
“Berpurdah tapi tak jaga ikhtilat”
“Tak semestinya berpurdah tu masuk syurga”

Dan pelbagai lagi kalimah-kalimah pendek akal mereka ini.

            Saya setuju dengan apa yang mereka katakan. Saya sangat setuju. Sebab apa? Kerana apa yang mereka cakap memang betul pun.
            Memang niqobis ada je yang akan ke neraka, dan ada juga yang tak jaga ikhtilat, masuk syurga belum tentu, dan tak kurang juga melakukan perbuatan yang buruk dan mazmumah.
            Memang betul pun.

Jadi, tekanan ini menyebabkan mereka terpengaruh supaya tidak mencuba untuk pakai, sampaikan ada yang kata, "Nanti aku kena cop jahat pulak".

            Tapi, sebelum tu, let’s check a review.
            Adakah semua niqobis macam tu?
            Adakah sebab purdah, anda menghakimi semua pemakainya buruk perangai dan akhlak?
            Saya beri contoh yang lebih jelas.
           
            “Ali telah berkenalan dengan seorang pakcik. Pakcik tu namanya Pakcik Ghani.
Pakcik Ghani ni ada seorang anak perempuan yang bernama Afifah.
Pakcik Ghani berniat nak jodohkan Afifah dengan Ali. Jadi dia aturkan semua prosedur.
Dipendekkan cerita Ali berjaya diijabkabulkan dengan Afifah.
Tapi, apa yang memeranjatkan ialah, Ali terkejut dengan Afifah.
Barulah dia tahu yang Afifah ni seorang perempuan yang pengotor.
Ali menyesal dan memaki hamun seluruh keluarga Pakcik Ghani ni orang jahat, termasuklah sepupu sepapat saudara mara dan biras”

            Berdasarkan cerita di atas, wajarkah perbuatan Ali?

            Memang lojiknya tidak. Takkanlah disebabkan kesalahan seseorang, dia menghukum kesemua institusi itu teruk? Tidak adil dalam hal ini.

            Samalah juga dengan kes niqobis tadi. Masakan anda mengatakan kalimah-kalimah pendek akal tersebut hanya kerana terdapat segelintir sahaja niqobis yang kurang baik akhlaknya?
            Tidak adillah bagi mereka.

            Saya akan habiskan di sini. Selanjutnya kita jumpa di entri yang lain dalam masa terdekat. Kalau ada sebarang cadangan, anda dialu-alukan untuk meninggalkan pesanan di ruang komen. Insya-Allah pihak kami akan mengambil kira cadangan anda.

Lepas ini, akan ada banyak lagi tajuk yang akan dikupas.

            Jumpa nanti!

Ini ialah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Dakwah Indie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...