Maklumat Admin


ADMIN DAKWAH INDIE : MOHAMAD ASMAN





Penulis bagi buku Dakwah Indie dan entri dalam blog Dakwah Indie diberi nama Mohamad Asman bin Mohd Aminjum oleh bapanya, Mohd Aminjum bin Mohd Meng. Dilahirkan pada 5 Januari 2004 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Ibunya, Norzuraida binti Mustafa merupakan anak kelahiran Kemaman, Terengganu.
 Berketurunan Cina Muslim dari Kluang, Johor. Hal ini membuatkan penulis sangat fasih berbahasa Mandarin. Datuknya, Mohd Meng bin Abdullah atau Cheang Kiat Meng merupakan mekanik di daerah Rompin. Manakala ibu dan bapa penulis bekerja sendiri.
            Penulis menetap di Rompin, Pahang sejak kecil. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rompin, Pahang dari tahun 2011-2016. Kini, penulis berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin.
Seorang yang amat minat terhadap penulisan novel dan bukan fiksyen. Antara idola penulis dalam bidang ini termasuklah Ustaz Adnin Roslan, CEO bagi Sentap Press Sdn. Bhd.
Penulis mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Penulis mendapat tempat pertama dalam peperiksaan sejak dari Tingkatan Satu lagi.
            Di SMK Rompin, penulis banyak memegang jawatan. Antaranya ialah AJK Pengawas Sekolah SMK Rompin dan Imam Muda dan Naqib Usrah Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMK Rompin.
            Penulis ialah pemegang Anugerah Pelajar Terbaik Kategori Lelaki SJK(C) Rompin pada tahun 2016, sekaligus menjadi Ketua Pelajar di sekolah itu pada tahun yang sama. Mendapat keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun akibat tempias “sekolah cina” menyebabkan penulis tidak berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh.

            Antara pertandingan yang disertai penulis:-
1.         Pertandingan Menulis Esei Sejarah Peringkat Kebangsaan 2017-Saguhati
2.         Pertandingan Esei Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan-Penyertaan
3.         Pertandingan Tilawah Al-Quran (L) Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Kelompok Pantai Utara 2015-Naib Johan
4.         Australian Mathematics Competition 2016-Proficiency
5.         Ka Yin Chu Championhip of Mathematics Competition for Malaysia’s Chinese Primary School 2016 (30th) / 第三十届2016嘉联青全国华小数学金杯赛-Participation / 参赛
Untuk berhubung dengan penulis bagi memenuhi jemputan atau apa-apa sahaja urusan, bolehlah WhatsApp ke 016-590 6499.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...