Ahad, 13 Mei 2018

IBU BAPA DERHAKA


IBU BAPA DERHAKA, ADA KE?
Alhamdulillahi rabbil alamin. Saya memanjatkan syukur kepada Allah SWT keranatelah mengizinkan saya untuk tulis satu bab yang bagi saya sangat berat untuk dibincangkan.

Tajuk yang saya pilih ialah:IBU BAPA DERHAKA
Ya. Mungkin aka nada ibu bapa yang tak setuju dengan tajuk ni, sebab dari perspektif pandangan mereka, ibu bapa tidak derhaka, tapi anak-anaklah yang derhaka.
Saya pun kadang-kadang ada juga terlepas cakap kasar pada mak ayah saya. Saya sedar perkara tu memang salah. Tapi, insya-Allah saya nak jadi yang lebih baik pada masa akan datang.
Berkenaan dengan ibu bapa derhaka, hal ini pernah diceritakan semasa zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. Nanti saya akan ceritakan kisahnya.
Sebelum tu, saya nak bercerita tentang kedudukan ibu bapa dalam Islam.
Kita semua tahu yang, ibu bapa ni memang sangat tinggi kedudukannya dalam Islam. Bahkan kita selalu sebut syurga di bawah telapak kaki ibu.
Ya, memang benar. Berbuat baik kepada ibu bapa ni dituntut dalam Islam, dan Allah sebut banyak kali dalam al-Quran, antaranya dalam Surah Luqman ayat ke-14:
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ  ١٤ [ لقمان:14-14]
14.  Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. [Luqman:14]

Selain itu, Islam juga menegah kita tidak menengking ibu bapa. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat ke-23:
۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا  ٢٣ [ الإسراء:23-23]
23.  Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [Al Isra":23]
Hukum menderhaka kepada ibu bapa ialah HARAM berdasarkan hadi Rasulullah SAW:
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)
Dah dah. Jom kita baca tentang Kisah Bapa Derhaka pula.
KISAH BAPA DERHAKA
Kisah ni saya petik daripada Kitab Tanbihul Ghafilin oleh Abul-Laits As-Samarqandi.
Kisah ni berlaku sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
Pada suatu hari, ada seorang bapa ni, datang jumpa Umar untuk mengadu. Dia mengadu yang anak dia ni selalu derhaka pada dia.
Lepas dia mengadu, Umar pun apa lagi. Umar marah pada budak tu, sebab derhaka. Umar bagitahu yang anak tak boleh menderhakai ibu bapa. Umar pun jelaskan hak ibu bapa pada budak tu.
Tapi, budak tu tak nak mengalah. Dia tanya pulak Umar:
“Amirul Mukminin, bukan ke anak pun ada hak atas ibu bapa?”
Lepas tu, Umar jawab ya.
“Ada tiga hak. Yang pertama memilih ibu yang baik, nama yang baik dan bapa perlu ajar anak-anak membaca al-Quran.”
Ha, lepas Umar cakap macam tu. Apa lagi, budak tu pun cakap:
“Demi Allah. Ayah aku ni, tak tunaikan hak tu ke atas aku. Mak aku ni hamba kulit hitam. Lepas tu tuan dia Majusi. Kemudian, nama aku Ju’al (nama seekor kumbang). Dan dia juga tak pernah ajar aku baca Quran walaupun satu patah perkataan.
Bila Umar dengar tu, terus dia pandang Si Ayah dan berkata:
“Engkau datang mengadu pada aku yang anak engkau derhaka pada engkau, tapi sebenarnya engkau yang derhaka pada dia!”

Tamat cerita.
Daripada kisah di atas, kita dapat fahami:-
1.     Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak kepada anak-anak.
2.     Bila anak-anak derhaka, jangan salahkan anak dulu, salahkan diri sendiri.
3.     Cubalah perbaiki diri sendiri. Insya-Allah anak-anak takkan derhaka.
Iti sahaja daripada kisah di atas. Tapi, kena ingat. Itu bukan perspektif pandangan saya mengenai penderhakaan. Jom baca lagi!
ADA LAGI
Ya. Memang dalam Islam, ada istilah “Ibu bapa derhaka”. Tapi, bagi saya, bukan 100% salah ibu bapa.
Ingatlah! Sejahat-jahat manapun ibu bapa kita ni, menjadi tanggungjawab kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Tak kiralah ibu bapa kita perompak ke, penjenayah ke, tak solat ke, atau bukan Islam sekalipun. Perkara ni pernah disebut oleh Dato’ Ustaz Badli Shah Alaudin dalam rancangan Tazkirah Malam Jumaat.
Sedarlah, kita ni semua anak. Bila anak, buat cara anak. Haram untuk kita menengking ibu bapa.
Ya. Saya sedar, memang kadang-kadang ibu bapa ni boleh dikatakan annoying oleh remaja sekarang. Tapi, ketahuilah! Menghormati ibu bapa ni adalah satu tanggungjawab besar dalam diri kita.
Sama juga macam dalam kisah tadi. Sepatutnya anak tu hormat jugak pada ayah dia, walaupun ayah dia derhaka.
Memang susah. Kadang-kadang ibu bapa ni marah kita, tapi kita tak bersalahpun. Kita tak buat salah langsung. Tapi, sebenarnya marah ni adalah salah satu cara ibu bapa tunjukkan kasih sayang mereka.
Saya pun kadang-kadang ada juga rasa geram dengan mak saya bila kena marah, tapi slow-slow kalau tak dilayan perasaan tu, ia akan hilang dan perasaan kita akan jadi normal semula.
Satu lagi yang kita kena buat ialah, senantiasa minta maaf pada mak ayah, walaupun kita tak buat salah. Sebab apa? Sebab kalau ibu bapa tunjukkan kasih sayang dengan marah, kita tunjukkan kasih sayang kita dengan minta maaf.
Betul. Kalau tak percaya, tanya mak ayah anda. Kalau kita minta maaf, hati mereka akan jadi lembut. Hati mereka akan jadi baik. Lembut bagai sutera.
Ingatlah! Bila kita tengking mak ayah kita, kita kena sedar yang bukan semua orang ada mak ayah. Anak yatim ni lagi sedih, tak dapat rasa kasih sayang ibu bapa. Kenapa kita yang ada ibu bapa ni nak marah-marah ibu bapa?
Sedar tak, yang ibu bapa ni adalah satu tanggungjawab jugak, sebagaimana anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Sama je. Kita dan ibu bapa mempunyai tangguungjawab sendiri.
Bila Allah panjangkan umur ibu bapa kita, itu bermakna Allah nak tengok kita, sama ada boleh berbuat baik, atau kita mencela ibu bapa kita. Itulah cara Allah uji kita.
PILIHAN
Satu lagi yang menjadi masalah dalam masyarakat kita ni ialah, bila pendapat ibu bapa dan anak-anak tak seiringan.
Pernah tak hadapi masalah ni?
Contohnya kalau mak ayah nak kita kahwin dengan A, tapi kita tak suka. Kita kahwin dengan B. Kan tak sama pendapat tu.
Bagi kita, pendapat kita lebih baik. Bagi ibu bapa pula, pendapat mereka lebih bernas dan berguna.
Jadi, kalau timbul isu macam ni, apa yang kita kenal buat?
Hanya mengikut kata hati, atau ikut kata ibu bapa?
Dengan satu cara yang saya tunjukkan ni, insya-Allah lepas ni anda akan dapat jalan penyelesaian dalam masalah harian anda. Hehehe.
Cara ni saya selalu guna:
Mula-mula, kosongkan minda anda.
Kemudian, tulis dalam minda anda pendapat anda dan ibu bapa.
Susun elok-elok dalam minda. Kemudian, daripada pendapat anda, listkan semua kebaikan yang anda dapat. Dan jangan lupa juga senaraikan keburukannya.
Kedua, buat benda sama dengan pendapat ibu bapa. Senaraikan kebaikan dan keburukan tu.
Bila dah selesai melakar dalam minda anda, tarik nafas panjang-panjang. Dan mulalah menilai.
Menilai bukan ikut hati ye. Sediakan al-Quran di sebelah. Kalau ada kitab hadis lagi baik.
Cari, sama ada kebaikan itu baik dari segi agama atau tidak, kalau tiada, fikir ikut logik.
Dan akhirnya, anda akan jumpa yang mana satu lebih baik buat anda.

Jadi, kalau anda mendapati pandangan ibu bapa anda lebih baik, pilihlah, dan beritahu mereka.
Tapi, seandainya pendapat anda lebih baik, beritahu mereka dengan sopan dan hormat.
Jangan lupa sertakan hujah anda. Dengan syarat, cakap dengan tenang dan mudah, jangan tinggikan suara anda. Cakap dengan baik.
Dan…
Insya-Allah masalah akan selesai.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita dah tahu mengenai kedudukan ibu bapa dalam Islam, mengenai ibu bapa derhaka, dan cara berbuat baik dengan ibu bapa.
            Jadi, saya menyeru kepada anda semua, yang juga anak dan juga ibu bapa, cubalah untuk memahami antara satu sama lain, dan elakkan pergaduhan sehingga meyebabkan keluarga berpecah belah. Don’t ever. Baik anak atau ibu bapa.
            Cubalah. Cubalah. Insya-Allah anda akan faham apa yang saya katakan ni.
            Saya pun dulu pernah jugak melalui zaman di mana, minda kita terset bahawa apa yang kita buat semua betul. Tapi bila saya fikir balik, benda tu tak betul pun. Hati tak tenang, lagi membuat ibu bapa tergores hati lagi ada.
            Kan? Jadi sekali lagi saya berharap agar Umat Islam bersatu balik. Mulakan di rumah, agar usaha mewujudkan suasana Islam dapat dijayakan dengan mudah.
            Amin!


Sabtu, 12 Mei 2018

REMAJA DAN KEMAJUAN


REMAJA SEKARANG
Kalau kita bandingkan remaja zaman sekarang dengan dahulu, agak-agak ada perbezaan tak?
Mestilah tidak.
Banyak yang sudah berubah. Bahkan kalau nak bandingkan zaman remaja ayah saya dengan saya sekarang, mungkin boleh dikatakan 200% berbeza.
Zaman kita bagai sudah tiada persamaan langsung. Zaman sekarang macam berada di planet lain, walaupun sebenarnya kita berada di dimensi yang sama.
Malaysia ni, sejak dari kita mendapat kemerdekaan daripada pihak British sampai sekarang, dah banyak perubahan. Kalau nak kira mungkin sampai pagi esok pun tak habis.
APA YANG BERUBAH?
Jadi, apa yang berubah, antara dulu dan kini?
Apa yang membuatkan kita berbeza, antara Gen X, Y, Z dan Alpha?
1.     Cara mandi

Dulu mandi di sungai, sekarang kita dah ada bilik mandi.

2.     Pengangkutan

Dulu kita jalan kaki, sekarang ni macam macam dah ada, kereta nasional ada, kereta api ada, monorel ada, bas dua tingkat ada, basikal lajak ada, dan sebagainya lagi. Ha, feri ada.

3.     Sistem pendidikan
Dulu pendidikan tak menentu, nak belajar boleh, tak nak pun tak apa. Tapi sekarang, sekolah rendah wajib. Then, ada inisiatif KBSM, then KSSM, pastu KBSR, then KSSR, yang semakan pun ada. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pun ada.

Selain daripada tu, buku teks mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)  banyak lagilah!

4.     Masjid
Kalau dulu ada satu je masjid dalam satu kampung, atau cuma ada surau, sekarang ni mungkin ada 2 3 masjid dalam satu kampung.

Memudahkan ahli kariah menunaikan solat Berjemaah di masjid. Hehehe.


5.     Alat komunikasi
Kalau dulu, kita gunakan surat untuk berhubung, kalau maju sikit pun pakai telefon rumah. Tapi sekarang, kita dah ada telefon mudah alih, telefon pintar, komputer, perkhidmatan e-mel dan sebagainya. Best kan?

6.     Makanan
Kalau dulu, kita cuma makan nasi dengan ikan goreng, sekarang ni dah macam macam makanan yang ada. Western lah apa semua. Yang terbaru viral ni ais kepal. Hahahaha.

7.     Kegiatan ekonomi
Kalau dulu, orang Melayu jadi nelayan. Orang Cina jadi tauke, orang India jadi penoreh. Tapi sekarang, memang dah maju sangat.

Kita bergerak mengikut haluan masing-masing. Kita boleh jadi arkitek, kontraktor, jurutera, peguam, pakar ekonomi dan banyak lagi kerjaya yang ditawarkan.

Saya rasa dah cukup kot 7 bukti yang menunjukkan kita dah maju sekarang. Yang lain, anda boleh tengok sendiri dengan mata.

KEMAJUAN MEROSAKKAN REMAJA?
Tapi, ada juga orang beritahu saya yang kemajuan kita ni dah banyak rosakkan remaja. Macam mana tu? Saya mula-mula tak berapa setuju. Tapi, bila diberikan idea dan hujah yang betul, saya tergamam.
1.     Telefon
Ya, betul. Ini saya 100% setuju.
Memang dengan telefon, remaja boleh rosak. Kalau zaman dulu tak ada telefon, remaja tak macam ni.

Saya bagi satu contoh yang memang semua orang dah tahu.
Mobile Legend dan game yang lain.
Memang, kita sedar hari ini. Game dan remaja memang tidak boleh dipisahkan lagi. Memang payah.

Kita tengok ajelah. Saya pun ramai kawan yang terjebak dengan Mobile Legend. Dan saya harap kalau saya tulis ni, tak kena maki la dengan mereka.

Kita boleh tengok ketaksuban mereka dengan game. Bagi yang boleh menguruskan diri dengan baik, walaupun main game 24/7, saya ucapkan tahniah.

Tapi bagi orang yang kehidupan tah apa apa. Dengan belajar tak nak, buat kerja tak nak, memang game lah perosaknya.
Jangan salahkan kawan yang perkenalkan game. Tapi, salahkan diri sendiri. Siapa suruh main. Betul tak?
Jadi saya mohon agar, kurangkanlah mas bermain game. Banyak lagi benda yang perlu dibuat. Dan kawan-kawan saya pun, main game, kerja sekolah tak siap. Itulah masalah.

So, bawak bawaklah sedar sikit. Insya-Allah kalau ada kesedaran, Allah bantu untuk kita berubah.

2.     Telefon lagi
Saya tak nak bercerita panjang. Tapi, hakikatnya telefon ni memang membawa masalah kepada remaja kalau disalahgunakan.

Saya sedar. Memang susah kalau tak chat ajnabi kalau tak ada keperluan. Tapi, kita kena cuba.

Sekarang ni, banyak orang yang chat awek/pakwe sewanang-wenangnya sehingga menimbulkan fitnah.

Ya, saya akui. Kadang-kadang saya pun sama. Kecundang sama. Memang payah.

Tapi, kita kena cuba. Kena cuba untuk jaga ikhtilat. Sebagaimana yang saya dah terangkan kat bab CINTA ALLAH.

Cubalah. Saya sayang kalian. Saya tak nak kalian dapat dosa yang korang boleh elakkan.

That’s all.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, saya dah terangkan tentang kemajuan yang kita ada sekarang ni. Memang banyak dan berbagai-bagai.
Tapi, di sebalik kemajuan yang ada sekarang ni, ada keburukannya juga untuk remaja dan dewasa.
Memang lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Tapi sama je, kita kena berjaga-jaga. Sentiasa berjaga-jaga. Sebab, kadang-kadang, dengan perbuatan kita, menyebabkan orang lain ikut sama. Jangan sampai kita dipersalahkan sebagai orang yang memusnahkan orang lain.
Sekian sahaja. Saya harap anda semua dan saya sendiri dapat dihindarkan daripada apa-apa sahaja keburukan kemajuan ni.
Insya-Allah.

MESEJ BERANTAI

Alhamdulillah. Allah SWT izinkan saya untuk tulis sampai sini.
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana anda berminat nak baca tentang mesej berantai ni.
Baiklah, saya akan mulakan dengan senario masyarakat kita.

“Sila sebarkan mesej ini kepada 10 group. Jika anda share, rezeki anda akan bertambah sampai 7 keturunan. Jika tida, keluarga anda akan porak peranda dan akan ada sesuatu yang buruk berlaku kepada anda.”

Pernah tak dapat mesej macam ni dalam WhatsApp. Saya rasa mesti pernah kan?

Saya nak tanyalah ya. Kenapa perlu hantar mesej macam ni ye?
Kenapa pulak kita ni nak ambil alih kerja Allah SWT, menentukan sama ada orang itu ditimpa bencana atau tidak? Dan ada juga yang tulis wajib share lah apa. Siap bagi ganjaran syurga lagi.
Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 116:
وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٞ وَهَٰذَا حَرَامٞ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ  ١١٦
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah SWT tiadalah beruntung.[AnNahl:116]


Nampak tak apa? Seolah-olah kita memfitnah Allah SWT pulak. Berat macam ni.

HUKUM
Maka, perlulah diketahui bahawa menyebarkan mesej berantai ni hukumnya haram. Maaf, saya bukan nak menghukum orang yang send tu, tapi memang tak boleh sebarkan mesej macam ni.
Saya beritahu ni bukan sebab saya tak suka mesej berantai semata-mata, tapi sebab ia haram, dan dapat dosa.
Saya sayang anda semua. Saya tak nak dengan satu mesej yang anda send,anda akan dapat dosa free.
Bayangkan kalau anda send mesej kepada 100 orang, 100 orang tu pula send kepada 100 orang yang lain, anda kena tanggung semua dosa tu.... Macam perniagaan multilevel pulak.... Heheheh

Na’uzu billahi min zalik....
Saya tak nak kita dapat dosa free-free je. Mungkin kita rasa send benda benda macam tu tak ada apa pun, hanya mesej. Tapi hakikatnya benda tu sangat besar kesannya.

SOLUSI?
Baiklah. Kita semua tahu bahawa, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, eloklah untuk saya berikan beberapa solusi berkenaan masalah mesej berantai ni.

1.         Jangan layan
Kalau kita dapat mesej berantai daripada sesiapa pun, maka jangan dilayan.
Jangan pula kita terpengaruh dengan mesej tu nanti. Nanti ada pula percaya. Jangan ya teman teman! Hehehe.
Semua yang ditulis tu mengarut je. Mana boleh kita buat orang lain ditimpa musibah. Tak boleh pun.
Kita kena yakin bahawa segala kebaikan berlaku hanya dengan izin Allah SWT.
Jadi, walau apa pun mesejnya, jangan letak dalam hati. Kalau lebih baik, padam terus, jangan ingat. Nanti ada yang terpengaruh, sampai tak keluar rumah sebab takut kena musibah. Hehehe.
Sebenarnya kebanyakan daripada kita ni, share pun sebab takut. Kalau mesej tu kata kalau tak share kena musibah, terus je share. Kalau mesej kata kena musibah dan kena share pada 10 group, kita pun share juga sampai 10. Hahaha. Don’t ye. Jangan takut. Allah SWT sentiasa bersama kita.
Pastu ada pula mesej yang nak beri kebahagiaan atau kesenangan. Contohnya, mesej macam ni : Kalau anda share, maka anda akan dapat berita gembira dalam masa 12 jam.
Ini semua nonsense. Kalau Allah SWT nak beri berita gembira, tak perlu tunggu kita sebar mesej berantai. Ini semua pengaruh mesej berantai. Ini sangat berbahaya kerana boleh merosakkan akidah.
Ingat ye, jangan layan.

2.         Jangan sebar
Ha, apabila dah tak layan mesej beratai, samalah tak sebarkan.
Tak perlu fikirlah untuk sebarkan. Sebab mungkin dengan sebaran kita tu, menyebabkan satu Malaysia dapat mesej. Hehehe.....
Kan ada slogan tu, fikir sebelum sebar. Jadi, cuba fikir dulu apa yang akan jadi kalau anda sebarkan. Dan insya-Allah kita bebas daripada sindiket penyebaran mesej berantai. Bahaya sindiket ni.
Kadang-kadang kita tak sedar, mungkin disebabkan mesej kita, akan ada ramai lagi yang share. Kalau anda boleh terpengaruh, takkan orang lain tak boleh kan?
So, stop sebarkan. Anda mampu mengubahnya......

1.                  Nasihat untuk si penyebar

Ha, ni mungkin susah sikit. Lebih-lebih lagi dalam alam maya ni.
Bila kita dapat mesej tu, cuba kita fikir balik. Kalau kita tak nasihat dia, mungkin dia akan sebar pada orang lain pulak. Makin bertambah masalah.
Jadi, first step. Beritahu dia hukum sebarkan mesej berantai. Kalau boleh tunjuk buku ni pun okey hahaha.
Tapi kena cakap elok-elok. Sebab biasanya orang ni susah nak terima apa yang kita cakap. Lagilah kalau dia yang sebarkan, atau dia yang tulis mesej berantai. So, kena cakap elok-elok. Jangan marah marah. Lagilah orang susah nak terima nasihat kita.
Then, cakap kat dia yang mesej berantai ni tak ada apa-apa pun, sebab kebanyakan orang kita ingat mesej berantai ni betul betul. Atau ditulis oleh para ustaz dan sebagainya.
Akhirnya, kita beritahu dia supaya lepas ni stop share mesej berantai. Cakap la apa yang patut. Insya-Allah  dakwah anda berjaya.

TEGURAN BUAT SI PENULIS MESEJ BERANTAI
Ha, ini saya tulis khas buat orang yang tulis mesej berantai tu.
Seperti mana yang saya sudah cerita panjang lebar sebelum ini, kita semua tahu daripada Bahagian Dakwah, JAKIM yang menyebarkan mesej berantai ni hukumnya HARAM. So, kalau kita buat mesej tu lagilah haram. Sebab kita jadi punca semua orang sebarkan.
Saya nak ucapkan ‘tahniah’ kepada orang yang tulis tu, sebab dengan penulisan dia tu boleh memukau minda orang yang baca. Sehingga membuatkan mereka percaya.
Kadang-kadang saya pun terpengaruh.
Tapi, kenapa, kenapa tak gunakan bakat menulis tu pada jalan yang baik? Kenapa tak gunakan bakat menulis tu dalam jalan dakwah, seperti menulis buku agama atau ilmiah, atau menulis blog, atau menulis lirik lagu yang mengajak orang kepada kebaikan?
Bukankah itu lebih menguntungkan anda?
Bukan sahaja untung di dunia, malahan Allah SWT akan balas kepada anda syurga di akhirat nanti, dengan usaha dakwah anda.
Untung kan? So, saya rasa semua orang kena muhasabah diri, adakah bakat yang kita guna selama ini untuk kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
Maaf...... Teguran ni lembut je ye..... Dan teguran ini juga saya tujukan pada diri saya sendiri, yang kadang-kadang terbabas juga..... Hehehe.
Moga Allah SWT pelihara kita di dunia ini, dan mengurniakan kepada kita semua syurga a’la, syurga Firdausi.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita sudah faham dengan senario yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ni, iaitu suka menyebarkan mesej berantai.
Kemudian, kita sedar yang mesej berantai ini hukumnya haram untuk disebarkan.
So, masa inilah untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Kan?
Cubalah buat solusi yang saya bagi tu. Insya-Allah dengan rahmat-Nya, masyarakat kita ni bebas daripada mesej berantai.
Akhir sekali, saya harap pereka mesej berantai ni sedar bahawa bakat mereka seharusnya digunakan untuk perkara yang berguna sahaja. Bukan sahaja untuk agama, malahan untuk diri sendiri.

Sekian, terima kasih.

BERKAT


KADANG, HIDUP KITA TAK BERKAT
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi baca bab tentang berkat.
            Sejujurnya saya katakan, walaupun saya yang menulis buku ni, namun bukanlah saya orang yang paling layak untuk menulis tentang perkara yang saya cakapkan.
Ramai lagi orang di luar sana yang lebih arif daripada saya. Ilmu saya ni hanyalah setitik ilmu mereka, bahkan kalau hendak dibandingkan dengan ilmu Allah, saya memang tidak tersenarai.
Tetapi, berdasarkan ilmu yang saya dapat, saya akan olah mengikut idea dan gaya bahasa saya. Moga-moga para pembaca dapat mengambil ibrah daripada apa-apa sahaja yang saya nak sampaikan. Mohon tidak kecam saya. Hehehe.
Baiklah, saya akan memulakan dengan memperkenalkan kepada anda tentang BERKAT. Apa itu BERKAT?
BERKAT
Apa maksud berkat? Berkat asalnya daripada bahasa Arab, barokah yang bermaksud kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia. Itu sahaja.
            Jadi, dapat disimpulkan bahawa:-
Berkat membawa kebaikan.
Orang yang hidupnya berkat sentiasa mendapat kebaikan.
Orang bergaji rendah, tetapi hidup bahagia ialah orang yang mendapat keberkatan.
Orang bergaji tinggi, tetapi hidup tidak bahagia ialah orang yang kurang mendapat keberkatan.

Mudah kan?
Berkat ini dikurniakan daripada Allah SWT kepada manusia. Bergantung pada manusia nak atau tak nak.
PELIK?
        Sekarang yang menjadi persoalan kita ialah, kenapa orang kaya hidupnya tak berkat?
Saya bagi contoh situasi:-
            Wahid ada 5 syarikat di Malaysia. Beliau juga merupakan pelabur di 10 syarikat terkenal di Amerika Syarikat. Rumah ada 7 buah. Kereta 12 buah.
Tapi……
            Wahid sentiasa gundah gulana. Selalu tak tenang. Hati selalu nakkan lebih lagi.

Kenapa jadi macam ni? Sebab hidupnya tak berkat.
MACAM MANA NAK BERKAT?
        Baiklah. Jadi, berkat ini sesuatu yang penting, agar hidup kita dipenuhi dengan kebaikan.
So, apakah cara-cara untuk mendapat keberkatan daripada Allah SWT?
Saya akan listkan beberapa cara. Harapa anda semua dapat hayati dan amalkan.
1.     Sentiasa berdamping dengan al-Quran
Ya. Dengan cara kita sentiasa berdampingan dengan al-Quran, kita akan memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Allah SWT pernah berfirman dalam Surah Sod ayat 29. Firmannya:
كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ  ٢٩ [ ص:29-29]
29.  Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. [Sad:29]
Apabila kita membaca al-Quran, maka secara automatic kita dapat mempelajari maknanya. Sesungguhnya, apabila jiwa kita mula terikat dengan al-Quran, maka jiwa kita akan sentiasa berasa tenang. Jiwa kita yang rasa kosong, akan mula dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

            Hal ini pernah terjadi pada Sayyidina Umar RA. Sewaktu beliau masih belum Islam, beliau terdengar adiknya membaca al-Quran. Dan apabila dia membaca surah Toha, hatinya yang keras kian menjadi lembut dan sedar bahawa al-Quran tidak dijadikan oleh manusia, tetapi oleh Sang Pencipta. Hal ini membawa kepada keislaman beliau. Itulah cantiknya al-Quran.
            Selain itu, apabila kita membaca ayat al-Quran yang berkaitan dengan amaran, hati kita akan berasa gerund an bertambahlah iman dalam diri kita. Bila iman meningkat, keberkatan juga menjadi banyak.
2.     Sentiasa berkongsi

Saya sedar. Zaman sekarang ni orang memang susah nak berkongsi. Kalau dapat rezeki, memang jauh sekali terfikir untuk bagi pada orang lain.

Ya, perkara tu rasa macam merugikan kita. Malahan perkara itu membuatkan hati kita tidak senang.

Tapi, percayalah, sebenarnya rezeki kita bukan untuk kita sahaja. Tapi sebenarnya untuk orang lain juga.

Kita tak sedar, yang kadang-kadang Allah beri rezeki lebih kepada kita, untuk kita beri kepada orang lain.

Itulah kunci untuk mendapat keberkatan rezeki.

Tak guna juga kalau kita dapat rezeki yang banyak, tapi taka da keberkatan. Takut-takut nanti rezeki tu Cuma macam air laut, makin digunakan makin tak cukup.

Betul tak? Cuba belajar untuk memberi. Cuba. Memang susah. Saya pun kadang-kadang susah jugak. Tapi mungkin dengan gaji kita, orang lain dapat hidup dengan lebih baik, dan rajin beribadah kepada Allah. Kita pun dapat pahala sama .

            Dan banyak lagilah cara-cara untuk mendapat keberkatan.
KESIMPULAN
       
Secara keseluruhannya, saya tak bercakap panjang pun tentang berkat ni. Sebab saya percaya anda semua dah tahu pun sebenarnya, kan?
            So, saya Cuma tulis tentang cara untuk mendapat keberkatan. Itu sahaja. Hehehe.
            Moga-moga penulisan saya yang sedikit ini dapat menambahkan ilmu para pembaca. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 11 Mei 2018

DEMAM MUSICALLY



Kebanyakan daripada kita hilang sifat malu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada anda yang berjaya baca buku ini sampai di sini.
Sejujurnya saya amat terharu apabila ada orang yang sudi baca buku saya yang masih muda ni.
Baiklah, dalam bab ini, saya ingin menyentuh tentang sifat MALU.
Jangan skip bab ni. Mohon baca sampai habis. Takut kalau berlaku salah faham, habis ada orang simbah cat merah kat rumah saya. Hehehe
DEMAM MUSICALLY
Zaman sekarang ni, apa yang tak ada? Musically, muzik geli-geli, tik tok, tok tok tok tok tok tok pun ada )orang ketuk pintu rumah), macam macam ada.
Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah berjaya menjadikan Musically sebagai rutin harian, dan ini perlu diberi penghargaan. Hehehe.
Saya sedar, ramai di antara wanita dan juga lelaki yang suka sangat dengan Musically ni. Setiap hari mesti upload satu. Sangat memuaskan hati, dan jiwa.
Betul tak?
Bahkan, ahli keluarga saya sendiri pun masih demam musically.
Dan kalau tengok dekat google Play Store sekarang, Musically telah mencapai 100 juta muat turun, dan mungkin 90% daripadanya ialah rakyat Malaysia. Mungkin.
KENAPA?
So, apa masalahnya dengan musically? Kenapa kena cerita pasal Musically dalam buku ni?
Baiklah. Saya sudah malas untuk berselindung di balik bukit lagi. Saya akan terus ke point.
Pointnya ialah, sesuatu yang buruk akan berlaku kalau anda masih dengan Musically.
“Wei, kau apa masalah? Kenapa nak kena cakap macam tu!”
Sabar dulu wahai Musers musers sekalian. Saya bukan nak jatuhkan kerajaan Barisan Musically.
Saya cuma nak cerita sedikit.
Saya nak tanya. Tapi dengan syarat, anda semua kena jawab dari hati, bukan mengikut nafsu. Soalan yang saya tanya ni, anda kena letak dalam pinggan elok-elok, then masukkan dalam oven, barulah beri jawapan.
Soalannya ialah (paluan kompang):
“Betul tak kalau orang yang main Musically dan Tik Tok ni hilang sifat malu dalam diri?”
Sabar. Saya tak kata anda tak malu. Saya tak cakap pun. Tapi cuba fikir dengan mata hati anda. Betul atau tidak? Jawapannya, anda pilih sendiri, jangan tanya kawan sebelah. Ini bukan exam.Hehe.
Kalau ya, Alhamdulillah sebab anda bersefahaman dengan saya.
Kalau tidak, jom kita soroti lagi!
KENAPA LAGI?
Baiklah. Tadi saya ada tanya soalan tentang keberadaan sifat malu dalam diri Musers.
Sekarang, saya nak beritahu kenapa.
Baiklah. Tarik nafas dalam dalam. Tahan ye. 123 lepas. Hehehe
Jom!
“Masa buat musically tu, semua tak kira lelaki mahupun perempuan akan buat aksi yang pelik dan tidak bermaruah”
Ya. Betul tak? Maaf, saya kena cakap contoh dia. Contoh dia Panama Dance. Ada goyang goyang kan? Betul tak? Yang terbaru ni pulak, Lagi Shantik oleh Siti Badriah. Kan sama dengan Panama.

Soalan saya lagi,
“Tak rasa malu ke buat macam tu?”
Yang kedua,
“Bila buat musically, biasanya dibuat dengan pakwe/makwe masing-masing”
Ya. Betul kan? Tak malu ke? Cuba fikir mak ayah yang dah besarkan kita supaya kita jadi orang. Tapi, kita duk buat aksi dengan pakwe/makwe. Mak ayah pun malu kalau ada orang tanya macam ni.
“Anak awak ke macam tu. Haritu saya Nampak anak awak buat video dengan pakwe”
Kenapa kita tak pernah pun fikir pasal tu? Kenapa ya? Satu lagi, saya dah cerita panjang lebar tentang couple dalam bab CINTA ALLAH.
Bukan saya je cakap pasal couple, malahan sudah banyak syarikat penerbitan sebelum saya bincang tentang itu. Tarbiah Sentap, Inspirasee, AQADA, Iman Publication dan banyak lagilah.
Yang ketiga,
“Bila buat musically, ramai wanita akan membuka aurat”
Ya. Itulah realitinya.
Sedangkan di alam realiti pun wanita membuka aurat, apatah lagi di alam maya.
Sekarang ni macam macam perkara berlaku dah. Bukan wanita aje, malahan lelaki pun terlibat sama dalam masalah wanita. Selain itu, bukan remaja sahaja, malahan juga golongan tua. Allah.
MALU?
So, apa masalah dengan malu. Ada je orang yang tak malu, tapi berjaya.
Ya, benar.
Tapi jom kita kenal malu tu macam mana.
Allah pernah sebut dalam kitab al-Quran Surah al-A’raf ayat 22. Firmannya:
فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورٖۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَآ أَلَمۡ أَنۡهَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ لَكُمَا عَدُوّٞ مُّبِينٞ  ٢٢ [ الأعراف:22-22]
22.  maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" [Al A'raf:22]
Nampak tak ayat di atas menunjukkan apa?
Nabi Adam dan Hawa segera petik daun di syurga untuk tutup aurat mereka yang terbuka akibat telanjang. Ini menunjukkan pada fitrahnya manusia akan ada sifat malu kalau telanjang depan orang.
Tapi, kenapa orang yang tak tutup aurat seperti tiada sifat malu?
Sebab syaitan kuasai mereka.
Talbis (tipu daya) iblis ni sangat licik. Dia boleh menyebabkan kita tinggalkan agama kita serta-merta.
Sama juga dengan Musically tadi.
Meraka masih buat, kerana mereka kurang sifat malu.
Maaf saya katakan, orang yang buat Musically ni sebahagiannya kurang sifat malu.
Maaf sekali lagi. Bukan semua. Ada yang masih ada.
Saya rasa nak menangis bila cerita pasal perkara ini. Pada mulanya saya tak nak tulis bab ni. Tapi ada orang suruh saya dan dia kata memang sesuai. Harap anda semua boleh terima.
Ya. Dunia sekarang ni sudah tercemar.
Saya tidak mahu orang yang membaca buku saya ini yang kurang sifat malu.
Saya buntu.
SAMA JE?
Mungkin ada orang kata.
Orang yang tak main Musically pun tak pakai tudung.
Mereka pun tiada akhlak.
Bukan semua musers macam tu.

Ya. Saya setuju dengan perkara ini. Dan baik apabila saya katakana bahawa, mungkin nanti syurga akan dipenuhi dengan Musers macam kalian.
Tapi sabar dulu.
Secara tepatnya, bila ada orang tegur kita, kita tak boleh bandingkan dosa kita dengan orang lain.
Sebaliknya, kita perlu muhasabah dulu dengan apa yang ditegur.
Jangan bandingkan.
Ini akan membuat hati kita keras untuk terima nasihat.
Saya merayu dengan anda semua.
Ada lagi perkara yang saya nak tulis.
SOLUSI
Dalam subtopik ini, saya akan bincangkan dengan anda semua tentang jalan keluar daripada masalah ini.
First of all, saya mohon agar para Musers baca nasihat saya.
Kalau ada terkasar bahasa, mohon diampunkan.
Sebenarnya, jalan keluar daripada masalah Musically ni senang sangat.
Apa caranya?
Tinggalkan Musically.
Itu sahaja.
Cuba untuk tinggalkan.
Tapi jangan terlalu drastik.
Cuba dengan perlahan.
Insya-Allah Allah akan bantu kita untuk berubah.
Selain itu, bertaubatlah daripada dosa yang kita buat.
Minta ampun dengan Allah SWT atas dosa kita selama ini.
Minta supaya Allah terima taubat kita yang banyak dosa ini, bukan sebab Musically sahaja, malahan dosa yang lain.
“Tapi, susah”
Ya, saya akui nak tinggalkan sesuatu yang kita suka ni sangat susah. Saya faham.
Tapi, apa salahnya kalau kita cuba untuk lakukannya.
Kalau kita tak mulakan sekarang, macam mana perubahan nak berlaku.
Ya. Perubahan tak akan berlaku sekelip mata. Ia memperuntukkan masa yang sangat lama. Perlukan pengorbanan yang sangat tinggi.
Cubalah. Allah bersama-sama dengan kita. Insya-Allah.
Kita jangan sangsi dengan Allah. Insya-Allah Allah akan ampunkan dosa kita semua, dan beri peluang untuk kita lakukan perubahan.
Lakukanlah para Musers sekalian!
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita sudah bincangkan tentang Musically, sebab keburukannya, dan solusi untuk tinggalkannya.
Saya mohon maaf andai apa yang saya tulis ini, membuatkan hati para pembaca sakit. Tapi saya perlu tulis.
Saya hanya boleh tulis. Tapi sebenarnya anda sendiri yang menentukan perubahan anda untuk menjadi muslimah yang sejati.
Muslimah tu saya tak refer kepada yang memakai niqab sahaja, tapi untuk semua wanita.
Islam memerlukan wanita yang mempunyai sifat malu yang tinggi. Bila ada sifat malu, barulah mencerminkan Muslim yang sebenar.
Sama sama kita ubah deh!
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...