Sabtu, 5 Mei 2018

CINTA ALLAH


Selalu kita dengar, manusia is not perfect. So, sedarlah kawan. Kenapa cinta manusia kau dahulukan daripada cinta Sang Maha Sempurna?

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana anda sudah berjaya dan sanggup membaca entri saya yang banyak kekurangan ni. Moga-moga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada kita semua.
            Pertama sekali, saya nak tanya. Berapa orang yang sebelum ni pernah bercouple, sekarang pernah bercouple atau insya-Allah akan bercouple? Cuba angkat tangan. Hehehe. Baiklah, saya percaya kebanyakan daripada anda pernah melalui detik-detik “manis” bersama “pasangan” masing-masing. Date, bagi hadiah birthday (Kedai RM2), wish semoga panjang umur papa mama dan berbagai bagai lagi ragam pasangan couple zaman now.
            Apa perasaan korang? Mesti gembira kan. Mesti rasa appreciated kan? Anda rasa diri anda dihargai dan disayangi. Dan satu lagi, bila anda ada awek/pakwe, anda rasa megah dan berlagak dengan orang lain yang tak ada pakwe/awek langsung. Betul tak?
            Jadi, sebenarnya, yang saya nak tekankan di sini, ialah. Apa hukum bercouple? Ni saya ambik daripada buku Tarbiah Sentap tau.
Apa apa hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi yang disebut ikhtilat hukum asalnya ialah HARAM. Apa apa sekali pun. Anda berborak dan sebagainya.
            Sabar dulu. Jangan marah. Jangan terlalu emotional dan rasa nak bunuh saya. Sabar dulu. Mohon baca sampai habis ye. Hukum asal memang haram. Totally haram. Tapi,,,,, ia menjadi HARUS apabila timbul dua perkara. Sama ada DARURAT atau Hajat. Saya pergi satu satu ye.
DARURAT DAN HAJAT
1)    Darurat
Apa tu darurat? Apa maksud dia. Kalau yang dah tahu, boleh skip ye yang ni.
Maksud darurat dari segi bahasa ada tiga
1)    Berlawan dari manfaat
2)    Masyaqqoh iaitu kesusahan
3)    Menurut al-Jurjani, menghilangkan apa yang tidak mampu ditanggung olehnya.
Dari segi istilah pula, menurut Dr. Wahbah az-Zuhaily, darurat bermaksud keadaan berbahaya atau kesusahan yang menimpa seseorang manusia dan keadaan itu menyebabkan dia takut akan berlaku kemudaratan atau kesakitan kepada diri, anggota badan, harta benda, akal fikiran, dan sebagainya. Oleh itu, dia diharuskan untuk membuat apa yang diharamkan, meninggalkan apa yang diwajibkan atau mengakhirkan dari waktu yang sepatutnya mengikut kehendak syarak.
            Dah faham apa itu darurat? Kalau dah faham, jom kita kaitkan dengan ikhtilat.
            Apa-apa yang berkaitan dengan darurat, anda diharuskan untuk berikhtilat. Saya bagi contoh. Pada suatu hari, anda sedang berjalan-jalan di taman berdekatan rumah anda. Tiba-tiba, ada satu kejadian berlaku, iaitu seorang wanita berumur lingkungan 20-an, terjatuh daripada buaian, dan kelihatan sangat sakit, kakinya tidak boleh bergerak akibat patah. Pada masa itu juga, tiada langsung seorang wanita yang boleh membantunya. Yang ada Cuma kanak-kanak. Apa yang anda buat ialah anda tengok saya dia jatuh. Maka, anda sangat salah, kerana apabila timbul soal begini, anda harus membantunya untuk bergerak, atau angkatnya dan hantar ke hospital, kerana angkat wanita ajnabi ialah satu ikhtilat yang haram, tetapi dalam keadaan darurat begini, maka satu tanggungjawab buat anda membantunya. Faham?
2)Hajat
Baiklah, setelah anda dah tahu apa tu darurat dan contoh situasi, maka kita kena kenal apa itu hajat pula. Saya rasa semua dah tahu kot hajat tu apa, tak payah cerita panjang lebar kan.
Secara ringkasnya, semua perkara yang kita nak buat ialah hajat, selagi ia tidak melanggar hukum syarak. Maka, apabila datang hajat, maka dibolehkan untuk berikhtiklat.
Saya beri contoh yang sesuai berdasarkan norma masyarakat kita. Anda ialah seorang pelajar lelaki. Guru matematik anda ialah perempuan. Jadi, guru perempuan anda boleh bercakap dengan anda yang sudah baligh dalam kelas berkenaan soal matematik, atau lain-lain. Atas dasar hajat untuk belajar.
             Dan seumpama dengannya ye.
SELAIN DARIPADA TU?
        Selain daripada itu, semuanya haram hubungan itu. Kalau nak bercakap dan bergurau senda, baik lupakan aje lah.
CINTA KAN FITRAH?
        Yup, cinta tu memang fitrah pun. Saya sokong 100%. Kalau nak bagi kertas undi untuk saya undi adakah cinta itu fitrah? Saya akan pangkah ya(tetiba).
            Memang. Saya ulang sekali lagi. CINTA ITU FITRAH. Fitrah yang Allah SWT datangkan ke dalam hati manusia. Even binatang pun Allah bagi perasaan cinta ni.
            Tapiiiii. Sabar dulu. Meh kita tengok ni.
CINTA – FITRAH
CINTA BERSULAMKAN NAFSU SYAHWAT – HARAAAAAM
            Ya, memang macam tulah. Cinta ni memang Allah yang bagi. Tapi, Allah nak tengok sama ada kita ni akan campurkan dengan nafsu atau tidak. Kalau tidak, alhamdulillah. Taaruf dan terus kahwin. Kalau tak, cuba check dulu hati tu. Kita cinta sebab nafsu syahwat kan?
KENAPA TERTEKAN?
            Saya yakin. Orang yang sedang baca ni pernah bercinta dan juga putus. Betul tak? Kalau tak pernah pun, mesti orang sebelah pernah kan? Mesti punyalah. Sejarah mencatatkan bagi setiap kilometer di semenanjung Malaysia ada berlaku kes putus cinta. Ok ini gurau je.
            Tapi, kalau putus saja tak apa. Ni tak. Kenapa tertekan. Kenapa ada kes orang terjun bangunan satu tingkat, nah bunuh diri pakai pisau plastik dan sebagainya lagi masalah ORANG KITA ni.
            Kenapa nak rosakkan diri sendiri sebab orang lain? Faham maksud saya tak? Kenapa kita kena meratapi, bersedih, tertekan disebabkan ditinggalkan oleh pakwe/makwe sendiri, sedangkan bukan salah kita? Kenapa nak bazirkan air mata pada orang lain, yang tak pentingkan kita pun ? Kenapa kenapa kenapa?
            Sedarlah, air mata kita yang kita bazirkan untuk si dia tu tyak memberi apa-apa manfaat langsung pada diri kita. Sedarlah. Kita ni tak perlu bazirkan air mata dan masa kita. Sedarlah sedarlah!
CARA NAK DAPATKAN CINTA
        Baiklah, bila kita dah baca tadi, mesti ada satu soalan yang bermain di lubuk hati kita ni sampai menyebabkan pedih hulu hati. Gunalah Gaviscon Double Action hahaha.
            “Kalau cinta pakwe/makwe ni tak perlu diagung-agungkan, dah tu apa fungsi cinta? Kalau macam tu baik tak payah kahwin. Biar membujang je sampai tua!”
            Sabar dulu temanku. Dengar dulu.
            Saya akan jawab.
            Bila kita dah putus cinta, adakah kita masih ada harapan untuk dapatkan semula cinta?
            Jawapan saya, ya ya ya ya ya.
            Baiklah. Cinta itu ialah cinta Allah.
            What? Ada ke cinta Allah?
Ya, cinta itu wujud.
Cinta itu ada.
Cinta itu sangat misteri.
Cinta itu mahal.
Cinta itu sangat sweet.
Cinta itu sangat rare!
MANA BUKTI CINTA ALLAH
Baiklah. Saya akan senaraikan beberapa bukti yang menunjukkan Allah sayang akan kita, hamba-Nya.
1)    Athar Nabi Daud dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin 326:4
Hayati athar ini.

يقول الله تعالى لداود: يا داود لو يعلم المدبرون عني شوقي لعودتهم ورغبتي في توبتهم لذابوا شوقاً إليَّ، يا داود هذه رغبتي بالمدبرين عني فكيف محبتي للمقبلين علي.

Allah berkata pada Daud: ‘ Wahai Daud! Jika orang-orang yang berpaling dariKu mengetahui akan kerinduanKu dan kecintaanKu kepada mereka, serta keinginanKu agar mereka kembali kepadaKu semula, pasti mereka akan berebut untuk mendapatkan kerinduanKu! Wahai Daud! Itulah keinginanKu kepada orang-orang yang berpaling dariKu. Lalu, bagaimana dengan kecintaanKu terhadap orang-orang yang selalu menghadap(taat) kepadaKu??”
2)    Hadis sahih riwayat Muslim:2747
لله أشد فرحاً بتوبة عبده حين يتوب إليه من أحدكم كان على راحلته بأرض فلاة فانفلتت منه وعليها طعامه وشرابه فأيس منها فأتى شجرة فاضطجع في ظلها قد أيس من راحلته فبينما هو كذلك إذا هو بها قائمة عنده فأخذ بخطامها ثم قال من شدة الفرح: اللهم أنت عبدي وأنا ربك. أخطأ من شدة الفرح

Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hamba-Nya ketika ia bertaubat pada-Nya melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian yang berada di atas kendaraannya dan berada di suatu tanah yang luas (padang pasir), kemudian haiwan yang ditungganginya lari meninggalkannya.

Padahal pada haiwan tunggangannya itu ada bekalan makan dan minumnya. Sehingga dia pun menjadi putus asa. Kemudian dia mendatangi sebuah pohon dan tidur berbaring di bawah naungannya dalam keadaan hati yang telah berputus asa.

Tiba-tiba ketika dia dalam keadaan seperti itu, haiwan yang di tunggangnya kelihatan berada di sisinya, lalu ia mengambil ikatnya. Karana sangat gembira(dengan kepulangan haiwan tunggangannya yang hilang), maka ia berkata, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu.’ Ia telah salah mengucapkan kerana sangat gembiranya.”
3)    Hadis sahih riwayat Bukhari:2441
"‏ إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ، وَيَسْتُرُهُ فَيَقُولُ أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا فَيَقُولُ نَعَمْ أَىْ رَبِّ‏.‏ حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ قَالَ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ‏

Allah yang maha suci dan maha tinggi mendekati hambaNya yang beriman lalu berkata, ‘HambaKu, datanglah dekat padaKu. Adakah kau masih ingat dosamu seperti ini? Masihkah kau ingat dosamu seperti ini? Masihkah kau ingat dosamu seperti ini?’, sehingga hamba tersebut menyangka bahawa dia akan binasa(di sebabkan dosa-dosa yang dia lakukan tika di dunia). Tetapi, Allah berkata, ‘Aku telah menutupi dosamu di dunia, dan inilah Aku yang akan mengampuni dosa-dosamu pada hari ini!!”
Bila dah baca bukti-bukti di atas, tak cukup lagi ke untuk kita sedar bahawa cinta Allah kepada hambanya itu lebih besar dan agung daripada cinta Ibu kepada anaknya? Semua cinta kat dunia ni tak boleh tandingi kebesaran cinta Allah pada hamba-Nya.
P/S:Bukti di atas dipetik daripada buku SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA ye. TQ Ustaz Adnin.=)
Sedarlah duhai teman. Allah tu sentiasa nak kita kembali pada Dia. Allah nak kita bertaubat daripada dosa kita dengan couple couple yang haram tu. Tolonglah. Saya merayu pada para pembaca. Cuba lapangkan dada. Dan baca semula bukti-bukti tadi. Sebenarnya, ada terlalu banyak bukti Cinta Allah. Tapi saya tak muatkan semua. Bolehlah cari sendiri. Terokai sendiri.
            Jap jap. Ada tertinggal pasal tak payah kahwin tadi. Saya akan jawab.
            Kahwin tu boleh. Bahkan ada hadis yang Rasulullah suruh kahwin. Rasulullah pun kahwin.
Tapi, cuba mantapkan dulu cinta kita pada Allah, barulah kahwin. Ni tak, cinta Allah tak ke mana, tapi hati duk melayang dengan cinta yang tak kekal tu.
KALAU MACAM TU, MACAM MANA NAK BALAS CINTA ALLAH?
        DAN... Cinta Allah perlu dibalas. Tak perlu rasa pelik. Contoh, kalau kita, ada orang nak meminang, mesti kita balas kan? Betul tak? Sama jugak dengan cinta Allah. Perlu dibalas. Tapi, dengan apa?
1)    Kenal siapa Allah
Kita perlu kenal, belajar siapa Allah. Apa sifat dia. Barulah kita tahu, yang Allah tu maha pengampun, maha penyayang, maha penerima taubat dan sebagainya.
2)    Sentiasa beristighfar
Baiklah, bila kita bercinta, kita mesti akan selalu minta maaf pada si dia kan? Walaupun kita tak buat salah, kita akan tetap cakap sorry sorry dan sorry demi memikat hati si dia. Sama juga macam cinta Allah. Selalulah beristighfar. Mintak ampun pada Allah. Mintak supaya Allah sentiasa rahmati kita.

Saya ada ramai kawan. Yang mana mereka bercinta. Dah puas nasihat dan sebagainya. Tapi, bagi mereka, mereka tak buat dosa langsung. Mereka rasa benda tu normal. Tapi, sedarlah, setiap kali kita mengucapkan rasa cinta pada si dia, maka istighfar kita akan jadi tak bermakna.

Ibn Qayyim pernah menyebutkan:  “Apabila seseorang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya.”
     
Dah sedar?
3)    Sentiasa berdialog dengan Allah
Sama apabila kita bercinta. Kita mesti nak bercakap dengan si dia betul tak? Bila kita kata kita cinta allah, maka sentiasalah baca al-Quran, sebab al-Quran ni dari kecik kita belajar yang al-Quran tu Kalamullah atau kalam Allah.

Jadi, kalau kita baca Quran, bermakna kita sedang bercakap dengan Allah. Tapi, bukan baca saja. Kena tadabbur makna dia. Kena faham makna dia. Kena belajar tafsir dia. Kalau nak bagus lagi, belajar taranum dan sebagainya.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita dah tahu pasal ikhtilat, cinta couple dan cinta Allah, dan cara nak dapatkan cinta Allah. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah praktikkan dalam kehidupan seharian.
Akhir kata, saya nak kongsikan kepada para pembaca ayat al-Quran tentang cinta Allah.

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ  ٣١ [ آل عمران:31-31]
31.  Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al 'Imran:31]
ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بَِٔايَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ  ٥١ [ الأعراف:51-51]
51.  (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. [Al A'raf:51]
۞وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ  ٨٣ [ الأنبياء:83-83]
83.  dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". [Al Anbiya":83]
وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ  ١٦٣ [ البقرة:163-163]
163.  Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [Al Baqarah:163]
وَمَن يَعۡمَلۡ سُوٓءًا أَوۡ يَظۡلِمۡ نَفۡسَهُۥ ثُمَّ يَسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَ يَجِدِ ٱللَّهَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا  ١١٠ [ النساء:110-110]
110.  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [An Nisa":110]
۞عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ  ٧ [ الـمـمـتـحنة:7-7]
7.  Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al Mumtahanah:7]

Sekian, terima kasih.


       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...