Kebanyakan daripada kita hilang sifat malu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada anda yang berjaya baca buku
ini sampai di sini.
Sejujurnya saya amat terharu apabila ada orang yang sudi baca buku saya
yang masih muda ni.
Baiklah, dalam bab ini, saya ingin menyentuh tentang sifat MALU.
Jangan skip bab ni. Mohon baca sampai habis. Takut kalau berlaku salah
faham, habis ada orang simbah cat merah kat rumah saya. Hehehe
DEMAM MUSICALLY
Zaman sekarang ni, apa yang tak ada? Musically, muzik geli-geli, tik
tok, tok tok tok tok tok tok pun ada )orang ketuk pintu rumah), macam macam
ada.
Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah berjaya
menjadikan Musically sebagai rutin harian, dan ini perlu diberi penghargaan.
Hehehe.
Saya sedar, ramai di antara wanita dan juga lelaki yang suka sangat
dengan Musically ni. Setiap hari mesti upload satu. Sangat memuaskan hati, dan
jiwa.
Betul tak?
Bahkan, ahli keluarga saya sendiri pun masih demam musically.
Dan kalau tengok dekat google Play Store sekarang, Musically telah
mencapai 100 juta muat turun, dan mungkin 90% daripadanya ialah rakyat
Malaysia. Mungkin.
KENAPA?
So, apa masalahnya dengan musically? Kenapa kena cerita pasal Musically
dalam buku ni?
Baiklah. Saya sudah malas untuk berselindung di balik bukit lagi. Saya
akan terus ke point.
Pointnya ialah, sesuatu yang buruk akan berlaku kalau anda masih dengan
Musically.
“Wei, kau apa masalah? Kenapa nak kena cakap macam tu!”
Sabar dulu wahai Musers musers sekalian. Saya bukan nak jatuhkan
kerajaan Barisan Musically.
Saya cuma nak cerita sedikit.
Saya nak tanya. Tapi dengan syarat, anda semua kena jawab dari hati,
bukan mengikut nafsu. Soalan yang saya tanya ni, anda kena letak dalam pinggan
elok-elok, then masukkan dalam oven, barulah beri jawapan.
Soalannya ialah (paluan kompang):
“Betul tak kalau orang yang main Musically dan Tik Tok ni hilang sifat
malu dalam diri?”
Sabar. Saya tak kata anda tak malu. Saya tak cakap pun. Tapi cuba fikir
dengan mata hati anda. Betul atau tidak? Jawapannya, anda pilih sendiri, jangan
tanya kawan sebelah. Ini bukan exam.Hehe.
Kalau ya, Alhamdulillah sebab anda bersefahaman dengan saya.
Kalau tidak, jom kita soroti lagi!
KENAPA LAGI?
Baiklah. Tadi saya ada tanya soalan tentang keberadaan sifat malu dalam
diri Musers.
Sekarang, saya nak beritahu kenapa.
Baiklah. Tarik nafas dalam dalam. Tahan ye. 123 lepas. Hehehe
Jom!
“Masa buat musically tu, semua tak kira lelaki mahupun perempuan akan
buat aksi yang pelik dan tidak bermaruah”
Ya. Betul tak? Maaf, saya kena cakap contoh dia. Contoh dia Panama
Dance. Ada goyang goyang kan? Betul tak? Yang terbaru ni pulak, Lagi Shantik oleh
Siti Badriah. Kan sama dengan Panama.
Soalan saya lagi,
“Tak rasa malu ke buat macam tu?”
Yang kedua,
“Bila buat musically, biasanya dibuat dengan pakwe/makwe masing-masing”
Ya. Betul kan? Tak malu ke? Cuba fikir mak ayah yang dah besarkan kita
supaya kita jadi orang. Tapi, kita duk buat aksi dengan pakwe/makwe. Mak ayah
pun malu kalau ada orang tanya macam ni.
“Anak awak ke macam tu. Haritu saya Nampak anak awak buat video dengan
pakwe”
Kenapa kita tak pernah pun fikir pasal tu? Kenapa ya? Satu lagi, saya
dah cerita panjang lebar tentang couple dalam bab CINTA ALLAH.
Bukan saya je cakap pasal couple, malahan sudah banyak syarikat
penerbitan sebelum saya bincang tentang itu. Tarbiah Sentap, Inspirasee, AQADA,
Iman Publication dan banyak lagilah.
Yang ketiga,
“Bila buat musically, ramai wanita akan membuka aurat”
Ya. Itulah realitinya.
Sedangkan di alam realiti pun wanita membuka aurat, apatah lagi di alam
maya.
Sekarang ni macam macam perkara berlaku dah. Bukan wanita aje, malahan
lelaki pun terlibat sama dalam masalah wanita. Selain itu, bukan remaja sahaja,
malahan juga golongan tua. Allah.
MALU?
So, apa masalah dengan malu. Ada je orang yang tak malu, tapi berjaya.
Ya, benar.
Tapi jom kita kenal malu tu macam mana.
Allah pernah sebut dalam kitab al-Quran Surah al-A’raf ayat 22.
Firmannya:
فَدَلَّىٰهُمَا
بِغُرُورٖۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا
يَخۡصِفَانِ عَلَيۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَآ
أَلَمۡ أَنۡهَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ
ٱلشَّيۡطَٰنَ لَكُمَا عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٢
[ الأعراف:22-22]
22.
maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu
daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya
aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga.
Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu
berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan
itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" [Al A'raf:22]
Nampak tak ayat di atas menunjukkan apa?
Nabi Adam dan Hawa segera petik daun di syurga untuk tutup aurat mereka
yang terbuka akibat telanjang. Ini menunjukkan pada fitrahnya manusia akan ada
sifat malu kalau telanjang depan orang.
Tapi, kenapa orang yang tak tutup aurat seperti tiada sifat malu?
Sebab syaitan kuasai mereka.
Talbis (tipu daya) iblis ni sangat licik. Dia boleh menyebabkan kita
tinggalkan agama kita serta-merta.
Sama juga dengan Musically tadi.
Meraka masih buat, kerana mereka kurang sifat malu.
Maaf saya katakan, orang yang buat Musically ni sebahagiannya kurang
sifat malu.
Maaf sekali lagi. Bukan semua. Ada yang masih ada.
Saya rasa nak menangis bila cerita pasal perkara ini. Pada mulanya saya
tak nak tulis bab ni. Tapi ada orang suruh saya dan dia kata memang sesuai.
Harap anda semua boleh terima.
Ya. Dunia sekarang ni sudah tercemar.
Saya tidak mahu orang yang membaca buku saya ini yang kurang sifat malu.
Saya buntu.
SAMA JE?
Mungkin ada orang kata.
Orang yang tak main Musically pun tak pakai tudung.
Mereka pun tiada akhlak.
Bukan semua musers macam tu.
Ya. Saya setuju dengan perkara ini. Dan baik apabila saya katakana
bahawa, mungkin nanti syurga akan dipenuhi dengan Musers macam kalian.
Tapi sabar dulu.
Secara tepatnya, bila ada orang tegur kita, kita tak boleh bandingkan
dosa kita dengan orang lain.
Sebaliknya, kita perlu muhasabah dulu dengan apa yang ditegur.
Jangan bandingkan.
Ini akan membuat hati kita keras untuk terima nasihat.
Saya merayu dengan anda semua.
Ada lagi perkara yang saya nak tulis.
SOLUSI
Dalam subtopik ini, saya akan bincangkan dengan anda semua tentang jalan
keluar daripada masalah ini.
First of all, saya mohon agar para Musers baca nasihat saya.
Kalau ada terkasar bahasa, mohon diampunkan.
Sebenarnya, jalan keluar daripada masalah Musically ni senang sangat.
Apa caranya?
Tinggalkan Musically.
Itu sahaja.
Cuba untuk tinggalkan.
Tapi jangan terlalu drastik.
Cuba dengan perlahan.
Insya-Allah Allah akan bantu kita untuk berubah.
Selain itu, bertaubatlah daripada dosa yang kita buat.
Minta ampun dengan Allah SWT atas dosa kita selama ini.
Minta supaya Allah terima taubat kita yang banyak dosa ini, bukan sebab
Musically sahaja, malahan dosa yang lain.
“Tapi, susah”
Ya, saya akui nak tinggalkan sesuatu yang kita suka ni sangat susah.
Saya faham.
Tapi, apa salahnya kalau kita cuba untuk lakukannya.
Kalau kita tak mulakan sekarang, macam mana perubahan nak berlaku.
Ya. Perubahan tak akan berlaku sekelip mata. Ia memperuntukkan masa yang
sangat lama. Perlukan pengorbanan yang sangat tinggi.
Cubalah. Allah bersama-sama dengan kita. Insya-Allah.
Kita jangan sangsi dengan Allah. Insya-Allah Allah akan ampunkan dosa
kita semua, dan beri peluang untuk kita lakukan perubahan.
Lakukanlah para Musers sekalian!
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita sudah bincangkan tentang Musically, sebab
keburukannya, dan solusi untuk tinggalkannya.
Saya mohon maaf andai apa yang saya tulis ini, membuatkan hati para
pembaca sakit. Tapi saya perlu tulis.
Saya hanya boleh tulis. Tapi sebenarnya anda sendiri yang menentukan
perubahan anda untuk menjadi muslimah yang sejati.
Muslimah tu saya tak refer kepada yang memakai niqab sahaja, tapi untuk
semua wanita.
Islam memerlukan wanita yang mempunyai sifat malu yang tinggi. Bila ada
sifat malu, barulah mencerminkan Muslim yang sebenar.
Sama sama kita ubah deh!
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan