Sabtu, 12 Mei 2018

MESEJ BERANTAI

Alhamdulillah. Allah SWT izinkan saya untuk tulis sampai sini.
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana anda berminat nak baca tentang mesej berantai ni.
Baiklah, saya akan mulakan dengan senario masyarakat kita.

“Sila sebarkan mesej ini kepada 10 group. Jika anda share, rezeki anda akan bertambah sampai 7 keturunan. Jika tida, keluarga anda akan porak peranda dan akan ada sesuatu yang buruk berlaku kepada anda.”

Pernah tak dapat mesej macam ni dalam WhatsApp. Saya rasa mesti pernah kan?

Saya nak tanyalah ya. Kenapa perlu hantar mesej macam ni ye?
Kenapa pulak kita ni nak ambil alih kerja Allah SWT, menentukan sama ada orang itu ditimpa bencana atau tidak? Dan ada juga yang tulis wajib share lah apa. Siap bagi ganjaran syurga lagi.
Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 116:
وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٞ وَهَٰذَا حَرَامٞ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ  ١١٦
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah SWT tiadalah beruntung.[AnNahl:116]


Nampak tak apa? Seolah-olah kita memfitnah Allah SWT pulak. Berat macam ni.

HUKUM
Maka, perlulah diketahui bahawa menyebarkan mesej berantai ni hukumnya haram. Maaf, saya bukan nak menghukum orang yang send tu, tapi memang tak boleh sebarkan mesej macam ni.
Saya beritahu ni bukan sebab saya tak suka mesej berantai semata-mata, tapi sebab ia haram, dan dapat dosa.
Saya sayang anda semua. Saya tak nak dengan satu mesej yang anda send,anda akan dapat dosa free.
Bayangkan kalau anda send mesej kepada 100 orang, 100 orang tu pula send kepada 100 orang yang lain, anda kena tanggung semua dosa tu.... Macam perniagaan multilevel pulak.... Heheheh

Na’uzu billahi min zalik....
Saya tak nak kita dapat dosa free-free je. Mungkin kita rasa send benda benda macam tu tak ada apa pun, hanya mesej. Tapi hakikatnya benda tu sangat besar kesannya.

SOLUSI?
Baiklah. Kita semua tahu bahawa, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, eloklah untuk saya berikan beberapa solusi berkenaan masalah mesej berantai ni.

1.         Jangan layan
Kalau kita dapat mesej berantai daripada sesiapa pun, maka jangan dilayan.
Jangan pula kita terpengaruh dengan mesej tu nanti. Nanti ada pula percaya. Jangan ya teman teman! Hehehe.
Semua yang ditulis tu mengarut je. Mana boleh kita buat orang lain ditimpa musibah. Tak boleh pun.
Kita kena yakin bahawa segala kebaikan berlaku hanya dengan izin Allah SWT.
Jadi, walau apa pun mesejnya, jangan letak dalam hati. Kalau lebih baik, padam terus, jangan ingat. Nanti ada yang terpengaruh, sampai tak keluar rumah sebab takut kena musibah. Hehehe.
Sebenarnya kebanyakan daripada kita ni, share pun sebab takut. Kalau mesej tu kata kalau tak share kena musibah, terus je share. Kalau mesej kata kena musibah dan kena share pada 10 group, kita pun share juga sampai 10. Hahaha. Don’t ye. Jangan takut. Allah SWT sentiasa bersama kita.
Pastu ada pula mesej yang nak beri kebahagiaan atau kesenangan. Contohnya, mesej macam ni : Kalau anda share, maka anda akan dapat berita gembira dalam masa 12 jam.
Ini semua nonsense. Kalau Allah SWT nak beri berita gembira, tak perlu tunggu kita sebar mesej berantai. Ini semua pengaruh mesej berantai. Ini sangat berbahaya kerana boleh merosakkan akidah.
Ingat ye, jangan layan.

2.         Jangan sebar
Ha, apabila dah tak layan mesej beratai, samalah tak sebarkan.
Tak perlu fikirlah untuk sebarkan. Sebab mungkin dengan sebaran kita tu, menyebabkan satu Malaysia dapat mesej. Hehehe.....
Kan ada slogan tu, fikir sebelum sebar. Jadi, cuba fikir dulu apa yang akan jadi kalau anda sebarkan. Dan insya-Allah kita bebas daripada sindiket penyebaran mesej berantai. Bahaya sindiket ni.
Kadang-kadang kita tak sedar, mungkin disebabkan mesej kita, akan ada ramai lagi yang share. Kalau anda boleh terpengaruh, takkan orang lain tak boleh kan?
So, stop sebarkan. Anda mampu mengubahnya......

1.                  Nasihat untuk si penyebar

Ha, ni mungkin susah sikit. Lebih-lebih lagi dalam alam maya ni.
Bila kita dapat mesej tu, cuba kita fikir balik. Kalau kita tak nasihat dia, mungkin dia akan sebar pada orang lain pulak. Makin bertambah masalah.
Jadi, first step. Beritahu dia hukum sebarkan mesej berantai. Kalau boleh tunjuk buku ni pun okey hahaha.
Tapi kena cakap elok-elok. Sebab biasanya orang ni susah nak terima apa yang kita cakap. Lagilah kalau dia yang sebarkan, atau dia yang tulis mesej berantai. So, kena cakap elok-elok. Jangan marah marah. Lagilah orang susah nak terima nasihat kita.
Then, cakap kat dia yang mesej berantai ni tak ada apa-apa pun, sebab kebanyakan orang kita ingat mesej berantai ni betul betul. Atau ditulis oleh para ustaz dan sebagainya.
Akhirnya, kita beritahu dia supaya lepas ni stop share mesej berantai. Cakap la apa yang patut. Insya-Allah  dakwah anda berjaya.

TEGURAN BUAT SI PENULIS MESEJ BERANTAI
Ha, ini saya tulis khas buat orang yang tulis mesej berantai tu.
Seperti mana yang saya sudah cerita panjang lebar sebelum ini, kita semua tahu daripada Bahagian Dakwah, JAKIM yang menyebarkan mesej berantai ni hukumnya HARAM. So, kalau kita buat mesej tu lagilah haram. Sebab kita jadi punca semua orang sebarkan.
Saya nak ucapkan ‘tahniah’ kepada orang yang tulis tu, sebab dengan penulisan dia tu boleh memukau minda orang yang baca. Sehingga membuatkan mereka percaya.
Kadang-kadang saya pun terpengaruh.
Tapi, kenapa, kenapa tak gunakan bakat menulis tu pada jalan yang baik? Kenapa tak gunakan bakat menulis tu dalam jalan dakwah, seperti menulis buku agama atau ilmiah, atau menulis blog, atau menulis lirik lagu yang mengajak orang kepada kebaikan?
Bukankah itu lebih menguntungkan anda?
Bukan sahaja untung di dunia, malahan Allah SWT akan balas kepada anda syurga di akhirat nanti, dengan usaha dakwah anda.
Untung kan? So, saya rasa semua orang kena muhasabah diri, adakah bakat yang kita guna selama ini untuk kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
Maaf...... Teguran ni lembut je ye..... Dan teguran ini juga saya tujukan pada diri saya sendiri, yang kadang-kadang terbabas juga..... Hehehe.
Moga Allah SWT pelihara kita di dunia ini, dan mengurniakan kepada kita semua syurga a’la, syurga Firdausi.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita sudah faham dengan senario yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ni, iaitu suka menyebarkan mesej berantai.
Kemudian, kita sedar yang mesej berantai ini hukumnya haram untuk disebarkan.
So, masa inilah untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Kan?
Cubalah buat solusi yang saya bagi tu. Insya-Allah dengan rahmat-Nya, masyarakat kita ni bebas daripada mesej berantai.
Akhir sekali, saya harap pereka mesej berantai ni sedar bahawa bakat mereka seharusnya digunakan untuk perkara yang berguna sahaja. Bukan sahaja untuk agama, malahan untuk diri sendiri.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...