Semua orang buat dosa. Why not?
Alhamdulillah. Segala
puji bagi Allah.
Pada entri kali ni,
saya ingin bercerita tentang sesuatu yang amat-amat penting dalam hidup kita.
Sesuatu yang kadang-kadang kita ambil ringan. Sesuatu yang bila kita cerita bab
ni, mesti ramai yang akan skip. Sesuatu yang amat mustahak.
Harap para pembaca
semua dapat hadam apa yang saya nak cakap ni. Dan saya juga harap saya sendiri
dapat belajar daripada apa yang saya tuliskan. Moga syurga buat kita semua.
Amin Ya Rabb.
Saya ada satu soalan.
“Korang pernah buat
dosa tak?”
“What? Apa punya soalan
ni? Gila ke apa tak pernah buat dosa. Mestilah pernah!”
Yes. Pengakuan itulah
yang saya nak. Saya nak semua orang mengaku yang mereka pernah buat dosa. Kalau
ada orang kata,
“Alhamdulillah. Setakat
ni aku belum pernah buat dosa setakat ni.”
Saya nak dedikasikan
khas buat golongan itu hadis ni:
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
"Seluruh anak Adam berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa
adalah yang bertaubat" (HR Ibnu Maajah no 4241, dihasankan oleh Syaikh
Al-Albani)
Jadi, dah sedar dah? Dah sendar dah yang kita semua ni berdosa? Kenapa
masih mendabik dada menghukum orang lain, sedangkan kita melakukan dosa yang
sama?
Kawanku, kita bukanlah
nabi yang maksum (bebas daripada dosa). Kita juga bukanlah malaikat yang
sentiasa beribadah kepada Allah SWT yang tiadak nafsu.
Sedarlah, kita ini
ialah manusia. Kita manusia. Kita manusia. Kita ialah manusia yang ada nafsu.
Yang sentiasa melakukan dosa. Kita ni selalu melakukan dosa kepada Allah.
NERAKA?
Dosa sering
dikaitkan dengan neraka. Orang akan kata orang yang berdosa ni akan ke neraka.
Setuju tak?
Jap jap. Kalau itu
hipotesisnya, jadi SEMUA ORANG AKAN MASUK NERAKA!!
Takkanlah kita semua
akan ke neraka? Jadi, takkan nabi je yang duduk dalam syurga. Macam tu baik tak
payah hidup!
Sabar dulu temanku. Ada lagi yang perlu diberitahu.
SYURGA?
Syurga untuk
siapa sebenarnya? Adakah untuk nabi sahaja? Adakah itu tujuan Allah menciptakan
syurga?
Jawapannya, Tidak sama
sekali. Allah menciptakan syurga untuk kita semua. Kita semua termasuklah
pendosa. Siapa pendosa? Kitalah!
Tapi, pendosa yang
macam mana?
Pendosa yang BERTAUBAT
DENGAN SEBENAR-BENAR TAUBAT!!
Ya. Syurga untuk kita
semua!
Kita boleh dapatkan
syurga selagi mana kita bertaubat daripada dosa yang kita lakukan!
Sekarang. Dah cerahlah
hidup kita! Allah dah bagi jalan untuk kita dapatkan syurga. Bukan mudah nak ke
syurga. Sebab tu ada novel tajuk dia Kerna Syurga Bukan Percuma. Jadi, cuma yang
power sahaja boleh ke syurga. Power bertaubat.
MASALAH KITA
“Tapi Asman.
Aku ni dah pernah terlanjur.”
“Tapi Asman. Aku dulu
pernah curi duit tabung masjid.”
“Tapi Asman. Aku ni
dulu pernah bunuh ayah aku sendiri”
“Tapi Asman. Aku ni tak
pernah sembahyang dari kecik”
Arghhh. Pedulikan semua
tu. Semua dosa yang kita lakukan, tak kiralah apa pun, Allah akan ampunkan. Ya,
Allah pasti akan ampunkan. Allah Maha Pengampun.
“Ye ke?”
Ya. Jangan sangsi
dengan Allah. Kita bukan Tuhan. Kalau kita tuhan, baik kita bertaubat dengan
diri sendiri je. Tapi, Allah tuhan. Dengan kata lain, suka hati Allah la nak
ampunkan dosa kau ke tak!
“Mana dalilnya?”
Baiklah. Selepas and
abaca semua yang saya tulis ni, saya harap anda ada azam untuk berubah dan
bertaubat.
Hadam ye.
ا عبادي! إنَّكم تُخطئون بالليل والنهار، وأنا أغفرُ الذنوبَ
جميعاً، فاستغفروني أغفرْ لكم
"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian
berdosa siang dan malam, dan Aku maha mengampuni dosa, maka mintalah ampunan
kepadaKu nescaya Aku akan mengampuni kalian" (HQR Muslim)
Wow. Allah kata Dia nak ampunkan dosa kita
walaupun kita buat dosa siang dan malam. Dengan syarat kita bertaubat atau
minta ampun pada Allah SWT.
Itu
janji Allah pada kita. Walau sebesar kapal terbang pun dosa kita, kalau kita
bertaubat dan meninggalkan dosa itu, ALLAH PASTI AMPUNKAN DOSA KITA SEMUA!!
Baiknya
Allah. Saya tak pernah jumpa seorang manusia yang boleh ampunkan dosa orang
lain, walaupun dosa tu sebesar kapal terbang.
Ada
lagi:
لله أشد فرحا بتوبة
عبده حين يتوب إليه من أحدكم كان على راحلته بأرض فلاة فانفلتت منه وعليها طعامه وشرابه
فأيس منها فأتى شجرة فاضطجع في ظلها قد أيس من راحلته فبينا هو كذلك إذا هو بها قائمة
عنده فأخذ بخطامها ثم قال من شدة الفرح اللهم أنت عبدي وأنا ربك أخطأ من شدة الفرح
"Sungguh Allah lebih bergembira dengan
taubat hambaNya tatkala bertaubat kepadaNya, daripada gembiranya salah seorang
dari kalian yang bersama tunggangannya di padang pasir tiba-tiba tunggangannya
tersebut hilang, padahal makanan dan minuman (perbekalan safarnya) berada di
tunggangannya tersebut. Ia pun telah putus asa dari tunggangannya tersebut,
lalu iapun mendatangi sebuah pohon lalu berbaring dibawah pohon tersebut
(menunggu ajal menjemputnya). Tatkala ia sedang demikian tiba-tiba
tunggangannya muncul kembali dan masih ada perbekalannya, maka iapun segera
memegang tali kekang tunggangannya, lalu ia berkata karena sangat gembiranya,
"Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhanmu"
Ia salah berucap kerana sangat gembiranya"
(HR Muslim 2747)
Nampak tak, betapa Allah rindukan kita untuk
kembali kepadanya?
Bahkan, kalau kita ni umat yang tak buat dosa,
Allah akan matikan kita semua, dan gantikan dengan umat lain. Baca yang ni
pulak.
الَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ
اللَّهُ بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ
لَهُمْ
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya,
kalau kalian tidak berdosa maka Allah akan menjadikan kalian lenyap, lalu Allah
akan mendatangkan suatu kaum yang mereka berdosa lalu mereka bertaubat kepada
Allah lalu Allah mengampuni mereka" (HR Muslim no 7141)
Wah! Sampai macam tu sekali Allah sayang kita.
Allah memang nak kita bertaubat dan berubah menjadi orang yang baik. Allah
sayang kita. Even kita ni penagih dadah, Allah sayang jugak. Allah nak kita
bertaubat je..
Yang ni last:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ
لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ
هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang malampaui
batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat
Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
Ada satu lagi la:
فَقُلۡتُ
ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا ١٠ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم
مِّدۡرَارٗا ١١ وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٰلٖ
وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّٰتٖ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَٰرٗا ١٢ مَّا لَكُمۡ لَا تَرۡجُونَ لِلَّهِ
وَقَارٗا ١٣ [ نوح:10-13]
10.
maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
-sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, [Nuh:10]
11.
nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, [Nuh:11]
12.
dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu
kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. [Nuh:12]
13.
Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? [Nuh:13]
MACAM MANA NAK TAUBAT?
Baiklah, saya akan ceritakan kepada para pembaca
cara praktikal untuk taubat.
Jom kita soroti!
1) Sentiasa lazimi taubat
Baiklah, kta dah tahu
pasal taubat dan nak taubat. Tapi, silap kita ialah, taubat sekali terus nak
berubah 100%.
Itu sangat susah.
Hanya hati yang cekal sahaja boleh buat perkara tu. Kita ni Cuma hamba Allah
yang biasa biasa. Kena lazimi taubat. Kena . Kena!
Macam
mana? Dengan sentiasa memohon ampun kepada Allah pada bila-bila masa. Bila buat
salah, taubat. Buat lagi, taubat lagi! Sampai bila? Sampai kita jadi jenazah
la. Jangan sampai kita mati sebelum sempat bertaubat ye. Ingat tu. Taubat bukan
sekali, tapi berkali-kali.
“Jika kamu
bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka,
bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati
sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam
Ghazali)
”Orang
yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi
Talib)
“Kamu
perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu
taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn
Qayyim)
Nampak memang susah lazimi taubat ni. Tapi,
percayalah. Anda akan rasa nikmat taubat ni. Percayalah cakap saya ni temanku.
2) Istiqomah
Allah. Ni
lagi susah. Istiqomah buat kebaikan ye. Bukan istiqomah buat maksiat.
Istiqomah ni, kalau saya kata nisbah
dengan orang yang tak istiqomah mungkin lebih kurang 1:1000000.
Yup.
Zaman sekarang ni memang susah nak istiqomah. Saya bukan nak lemahkan semangat
anda yang nak bertaubat. Tapi, saya nak kuatkan semangat anda supaya anda
menjadi 1 daripada sejuta orang tu. Insya-Allah!
3) Taubat nasuha
Ya, taubat nasuha.Apa
tu?
Taubat di mana kau
tinggalkan maksiat yang kau buat.
Contoh,
kau dah tak nak couple. Jadi kau taubat nasuha, tinggalkan couple dan terus
kahwin. Cun tak?
Tapi, kita
hamba yang lemah. Tak mustahil kita akan ulangi dosa tu walaupun kita dah
berazam untuk tinggalkannya. Benda ni sangat susah.
Tapi,
kalau tak cuba, tak tau kan?
Jadi, inilah tiga cara untuk bertaubat. Ada
banyak lagi. Nak tahu lagi? Boleh wasep saya. Kalau tulis kat sini terlalu
panjang la. HAHAHAHA.
KESIMPULAN
Ha, itulah dia. Nak jadi pendosa ni senang je. Tapi nak jadi PENDOSA
YANG DIPANDANG TUHAN ni yang payah. Sebab nak dapat title PYDT ni kena melalui
proses taubat. Hehehe
Tapi,
jangan risau. Allah akan bantu orang yang memang nak berubah. Allah rindukan
kita yang dah lama tak sujud kepada-Nya, yang dah lama tak bangun malam
bertahajud, yang dah lama tak berzikir, yang dah lama tak merintih pada-Nya.
Maka,
kembalilah pada jalan yang betul. Allah tunggu taubat kita. Selagi mana pintu
taubat tidak tertutup, selagi tulah kita kena bertaubat sampai jadi mayat.
Moga-moga
kita semua diberikan hidayah dan taufiq daripada Allah SWT, dan dikurniakan syurga
tertinggi, Syurga Firdausi.
Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan