REMAJA SEKARANG
Kalau kita bandingkan remaja zaman sekarang dengan dahulu, agak-agak ada
perbezaan tak?
Mestilah tidak.
Banyak yang sudah berubah. Bahkan kalau nak bandingkan zaman remaja ayah
saya dengan saya sekarang, mungkin boleh dikatakan 200% berbeza.
Zaman kita bagai sudah tiada persamaan langsung. Zaman sekarang macam
berada di planet lain, walaupun sebenarnya kita berada di dimensi yang sama.
Malaysia ni, sejak dari kita mendapat kemerdekaan daripada pihak British
sampai sekarang, dah banyak perubahan. Kalau nak kira mungkin sampai pagi esok
pun tak habis.
APA YANG BERUBAH?
Jadi, apa yang berubah, antara dulu dan kini?
Apa yang membuatkan kita berbeza, antara Gen X, Y, Z dan Alpha?
1. Cara mandi
Dulu mandi di sungai, sekarang kita dah ada bilik
mandi.
2. Pengangkutan
Dulu kita jalan kaki, sekarang ni macam macam dah
ada, kereta nasional ada, kereta api ada, monorel ada, bas dua tingkat ada,
basikal lajak ada, dan sebagainya lagi. Ha, feri ada.
3. Sistem pendidikan
Dulu pendidikan tak menentu, nak belajar boleh,
tak nak pun tak apa. Tapi sekarang, sekolah rendah wajib. Then, ada inisiatif
KBSM, then KSSM, pastu KBSR, then KSSR, yang semakan pun ada. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia pun ada.
Selain daripada tu, buku teks mengikut Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) banyak lagilah!
4. Masjid
Kalau dulu ada satu je masjid dalam satu kampung,
atau cuma ada surau, sekarang ni mungkin ada 2 3 masjid dalam satu kampung.
Memudahkan ahli kariah menunaikan solat Berjemaah
di masjid. Hehehe.
5. Alat komunikasi
Kalau dulu, kita gunakan surat untuk berhubung,
kalau maju sikit pun pakai telefon rumah. Tapi sekarang, kita dah ada telefon
mudah alih, telefon pintar, komputer, perkhidmatan e-mel dan sebagainya. Best
kan?
6. Makanan
Kalau dulu, kita cuma makan nasi dengan ikan
goreng, sekarang ni dah macam macam makanan yang ada. Western lah apa semua.
Yang terbaru viral ni ais kepal. Hahahaha.
7. Kegiatan ekonomi
Kalau dulu, orang Melayu jadi nelayan. Orang Cina
jadi tauke, orang India jadi penoreh. Tapi sekarang, memang dah maju sangat.
Kita bergerak mengikut haluan masing-masing. Kita
boleh jadi arkitek, kontraktor, jurutera, peguam, pakar ekonomi dan banyak lagi
kerjaya yang ditawarkan.
Saya rasa dah cukup kot 7 bukti yang menunjukkan kita dah maju sekarang.
Yang lain, anda boleh tengok sendiri dengan mata.
KEMAJUAN MEROSAKKAN REMAJA?
Tapi, ada juga orang beritahu saya yang kemajuan kita ni dah banyak
rosakkan remaja. Macam mana tu? Saya mula-mula tak berapa setuju. Tapi, bila
diberikan idea dan hujah yang betul, saya tergamam.
1. Telefon
Ya, betul. Ini saya 100% setuju.
Memang dengan telefon, remaja boleh rosak. Kalau
zaman dulu tak ada telefon, remaja tak macam ni.
Saya bagi satu contoh yang memang semua orang dah
tahu.
Mobile Legend dan game yang lain.
Memang, kita sedar hari ini. Game dan remaja
memang tidak boleh dipisahkan lagi. Memang payah.
Kita tengok ajelah. Saya pun ramai kawan yang
terjebak dengan Mobile Legend. Dan saya harap kalau saya tulis ni, tak kena
maki la dengan mereka.
Kita boleh tengok ketaksuban mereka dengan game.
Bagi yang boleh menguruskan diri dengan baik, walaupun main game 24/7, saya
ucapkan tahniah.
Tapi bagi orang yang kehidupan tah apa apa.
Dengan belajar tak nak, buat kerja tak nak, memang game lah perosaknya.
Jangan salahkan kawan yang
perkenalkan game. Tapi, salahkan diri sendiri. Siapa suruh main. Betul tak?
Jadi saya mohon agar, kurangkanlah
mas bermain game. Banyak lagi benda yang perlu dibuat. Dan kawan-kawan saya
pun, main game, kerja sekolah tak siap. Itulah masalah.
So, bawak bawaklah sedar sikit.
Insya-Allah kalau ada kesedaran, Allah bantu untuk kita berubah.
2. Telefon lagi
Saya tak nak bercerita panjang. Tapi, hakikatnya
telefon ni memang membawa masalah kepada remaja kalau disalahgunakan.
Saya sedar. Memang susah kalau tak chat ajnabi
kalau tak ada keperluan. Tapi, kita kena cuba.
Sekarang ni, banyak orang yang chat awek/pakwe
sewanang-wenangnya sehingga menimbulkan fitnah.
Ya, saya akui. Kadang-kadang saya pun sama.
Kecundang sama. Memang payah.
Tapi, kita kena cuba. Kena cuba untuk jaga
ikhtilat. Sebagaimana yang saya dah terangkan kat bab CINTA ALLAH.
Cubalah. Saya sayang kalian. Saya tak nak kalian
dapat dosa yang korang boleh elakkan.
That’s all.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, saya dah terangkan tentang kemajuan yang kita ada
sekarang ni. Memang banyak dan berbagai-bagai.
Tapi, di sebalik kemajuan yang ada sekarang ni, ada keburukannya juga
untuk remaja dan dewasa.
Memang lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Tapi sama je, kita
kena berjaga-jaga. Sentiasa berjaga-jaga. Sebab, kadang-kadang, dengan
perbuatan kita, menyebabkan orang lain ikut sama. Jangan sampai kita
dipersalahkan sebagai orang yang memusnahkan orang lain.
Sekian sahaja. Saya harap anda semua dan saya sendiri dapat dihindarkan
daripada apa-apa sahaja keburukan kemajuan ni.
Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan