Sabtu, 5 Mei 2018

UJIAN

-,+*
Everyone has his/her own tales. They are different, but for sure their ending is happy. After rain is rainbow.[BROKEN ENGLISH]J

Pernah tak dengar, jangan bersedih, la tahzan, ada hikmah di sebaliknya dan bermacam lagi kata-kata semangat bagi orang yang putus harapan?
Ha, kalau perasan, semua nasihat-nasihat tu semua membawa maksud yang sama, iaitu:-
          Bila kita ditimpa masalah, jangan sedih. Sebabnya Allah sayang hamba dia. Kalau dia bagi ujian kat kita, itu sebab dia nak bagi kita gamjaran kalau kita sabar dengan ujian tu.

Baik, persoalannya ialah, adakah kita sabar? Atau dah banyak da kata-kata tu menyinggah kat telinga, namun kita masih meratapi gila-gila sampai nak terjun bangunan sebab ujian tu.
          Kawan,
          Dengar ni ye. Tahu tak yang Allah tak pernah menipu. Apa bukti dia? Baik, Allah kata Allah nak binasakan kaum Nabi Nuh, tapi Allah binasakan tak? Ya, sebab Allah buat apa dia cakap. Lagi, Allah kata dia nak binasakan kaum Nabi Luth, dia binasakan tak? Of course, sebab apa? Sebab Allah tak pernah memungkiri janji. Dan kita selalu dengar ucapan Allah tak memungkiri janji masa baca doa selepas azan. Hehehe.
          Sama jugak macam hal ni. Bukak la kitab yang kau dah lama tak baca tu…. Semua ada dalam al-Quran. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah,2:286.
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَاۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ  (٢٨٦) 
286.  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".


Hayati ayat ni sekali lagi. Kalau tak puas, baca lagi dan lagi dan lagi. Kalau dah dapat jawapan, saya tak payah terangkan la kan? Hehehe.
Kalau tak dapat tangkap lagi, meh sini. Allah cakap dia akan bagi ujian pada hamba dia dalam ayat ni
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ  (٢) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ  (٣) 
2.  Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
3.  Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


So, dia pasti akan bagi ujian, nak nak kita yang beriman ni. Tapi, tapi, tapi, MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBANYA. Percaya tak?

          “Ye ke?”

Of coz la. Sebenarnya, semua ujian yang Allah timpakan pada kita, semuanya Allah dah sukat kemampuan kita, sama ada boleh tanggung ke tak. Semua tu berada dalam pengetahuan Allah.
          Sebagai contoh, kalau awak tak pandai melukis. Itu adalah salah satu ujian yang Allah bagi, nak tengok sama ada awak bersabar ke tak dengan kekurangan awak, atau awak memberontak dan salahkan Tuhan.
UJIAN ADA YANG MANIS?
       Ya, ujian ada yang manis. Jap, saya ulang sekali lagi, UJIAN ADA YANG MANIS, atau MEMBUATKAN KITA GEMBIRA.
          Kenapa saya cakap macam tu? Sebab bila satu nikmat Allah bagi pada manusia, Allah sebenarnya nak uji sama ada kita bersyukur atau tak bila dapat nikmat atau kesenangan.
          Saya bagi contoh. Awak orang yang sangat kaya, rumah 20 buah, kereta ada 8 semua imported set, anak ada 10, orang gaji saja 10 orang setiap rumah, isteri 4 hehehe, anak semua straight A SPM dan bermacam-macam lagilah yang awak dapat. Semua ini ialah satu kurniaan daripada Allah. Kenapa Allah bagi? Sebab Allah nak tengok sama ada awak sabar atau tak dengan ujian ni.

Secara ringkas macam ni:
1)   Awak gembira dengan nikmat, tak bersyukur dan berlagak dengan orang lain-Ujian gagal
2)   Awak gembira dengan nikmat, bersukur tapi berlagak dengan orang lain-Ujian gagal
3)   Awak gembira dengan nikmat, bersyukur, tak berlagak bahkan nak kongsi dengan orang lain-Ujian lulus dan Insya-Allah syurga buatmu.

Faham? So, secara keseluruhan dapat kita fahami bahawa ujian daripada Allah datang dalam 2 bentuk. Satu gembira satu sedih. Itu tak penting, yang penting apa? Jom kita soroti lagi.

MACAM MANA NAK BERSYURUR?
       Baiklah, saya akan listkan empat cara nak bersyukur dengan nikmat Allah. Tapi sebelum tu, saya nak pembaca semua tarik nafas panjang-panjang dan betulkan niat bahawa kita nak berubah jadi baik KERANA ALLAH.

First of all, kita perlu BERSYUKUR DENGAN HATI. Kenapa hati ni penting, sebabnya daripada hati nilah akan timbul rasa cinta dan sayang terhadap nikmat Allah. Caranya ialah kita tanam dalam hati kita, sedar bahawa semua nikmat, kurniaan dan kelebihan, walaupun sebesar dan sekecil manapun, datang daripada Allah. Allah sebut dalam al-Quran, Surah an-Nahl, ayat 53.

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ  (٥٣) 
53.  Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.


Kedua, apabila hati ni dah yakin dan sedar, maka secara spontan tanda kesyukuran kita keluar daripada lisan. Iaitu apabila kita memuji Allah SWT dengan lafaz “Alhamdulillah” lazimnya. Sucikanlah lisan anda lepas ni dengan kata-kata pujian kepada Allah, bukannya mencarut tak tentu pasal, maki hamun sana sini, cuba “neutral”kan lidah tu. Insya-Allah secara tak langsung melahirkan jiwa yang tenang.
          Satu lagi, bila kita sibuk puji manusia, hakikatnya kebaikan yang ada pada orang tu semua daripada Allah, cuba puji Allah dulu, insya-Allah hidup bahagia. Hehehe.

Yang ketiga pulak BERSYUKUR DENGAN PERBUATAN ATAU TINGKAH LAKU. Macam mana tu? Semua nikmat yang Allah kurniakan tu, perlulah digunakan dengan betul atau dengan erti kata lain, di jalan yang Allah reda. Contohnya, kalau kita pandai menyanyi, janganlah nyanyi lagu yang lagho, sebaliknya nyanyi lagu yang mengajak manusia bertaubat/insaf.

Yang terakhir ialah MENJAGA SEBAIK MUNGKIN NIKMAT YANG ALLAH BERI. Apa contohnya, kalau Allah bagi kita kesihatan yang baik, maka wajib bagi kita memelihara tubuh badan dengan makan makanan yang baik dan halal, sentiasa bersenam dan sebagainya. Kemudian, Allah juga bagi nikmat IMAN, maka janganlah rosakkan iman dengan buat maksiat. Itulah cara kita nak bersyukur dengan Allah\
Allah juga pernah sebut dalam al-Quran Surah Ibrahim ayat 7
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  (٧) 
7.  Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
          Apa yang dapat kita simpulkan dari ayat di atas ialah, Allah akan menambahkan nikmat kepada manusia jika kita bersyukur. Namun, kalau kita tak bersyukur, Allah berhak memberi azab kepada manusia.

KESIMPULAN
          Konklusinya, ujian yang Allah timpakan buat hambaNya tu tak sama, bergantung atas kemampuan dan tahap keimanan kita. Jadi, apa yang perlu kita lakukan cuma bersabar dengan uian itu, atau bersyukur dengan ujian itu.
          Sekian, terima kasih. Hehehehe


Follow instagram admin, @mohamad_asman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...