Ahad, 17 Jun 2018

AKHLAK


Alhamdulillah kerana Allah SWT mengizinkan saya untuk menulis bab tentang akhlak ni. Maaflah kalau apa yang saya nak cakap ni anda semua dah tahu. Tapi, bagi yang belum tahu, jom lah kita dalami!
Kita sedar, dalam akhir zaman macam ni, akhlak manusia banyak yang bermasalah.
Terutama akhlak orang Islam sendiri.
Mungkin disebabkan akhlak kita membuatkan orang bukan Islam memandang rendah terhadap agama Islam.
Dengan akhlak mazmumah kita, menyebabkan kurang orang bukan Islam nak tahu tentang islam.
Jadi, saya mohon kita semua kena hati-hati ya dengan akhlak.
Akhlak ni memang penting. Sebab dengan akhlaklah, orang akan menilai kita.
Kalau kita pandai sampai dapat PhD pun, tapi kalau akhlak tak ada, pun tak guna juga.
Tapi, kalau kita ni tak berapa pandai, tapi akhlak kita baik, orang akan respect kita.
So, sememangnya kita ni kena berusaha dengan keras, agar dapat membiasakan diri dengan akhlak yang baik.
Barulah orang akan respect!
Kalau tidak, kita mungkin akan disisihkan daripada komuniti.

NAK IKUT SIAPA?
Bagi kita yang sentiasa berdosa ni, memang tak boleh untuk dijadikan contoh ikutan 100% untuk orang lain.
Sebenarnya Nabi Muhammad SAW SAW lah yang paling layak untuk dipanggil The Best Role Model, orang yang terbaik untuk kita contohi akhlaknya. Baginda SAW lah orang yang mempunyai akhlak yang hebat, sehinggakan tiada siapa boleh menandingi baginda.
Allah SWT pernah berfirman dalam al-Quran Surah al-Ahzab ayat 21:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا  ٢١
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah SAW  itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah SWT dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah SWT. [Al Ahzab:21]

Sama juga macam kita. Kita perlu jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola kita.

JOM BELAJAR BERAKHLAK!
Jadi, saya akan terangkan kepada anda beberapa akhlak Rasulullah SAW  yang sepatutnya kita ikut.
Tak apa. Kita boleh belajar slow slow. Jangan terlalu drastik dalam perubahan takut tak kekal lama. Allah SWT kan suka amalan yang sedikit tetapi berterusan. Kan?

1.         Tidak sombong
Inilah satu akhlak yang Rasululllah SAW amalkan sehingga nyawa baginda dicabut oleh Malaikat maut.
Rasulullah SAW  orang yang sangat rendah diri. Sentiasa mengutamakan orang lain, tidak sombong.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran Surah Luqman ayat 18:
وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ  ١٨
 Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Luqman:18]

Nampak tak? Allah SWT cakap yang Dia tak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri.

Bukan Allah SWT sahaja, malahan manusia pun tak suka. Betul tak?
Dari Ibnu Mas’ud RA berkata : Rasulullah SAW  bersabda : “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun seberat biji sawi. Lalu ada yang bertanya : Sesungguhnya seseorang itu sangat suka kepada baju dan kasut yang bagus ? maka baginda SAW berkata : Sesungguhnya Allah SWT Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia“. HR Muslim.
Ha......lagilah....... Hadis ini menyatakan bahawa orang yang ada sifat sombong dalam hati, tidak akan masuk syurga. Walaupun sombong tu sedikit je.....
Selain itu, Allah SWT juga menyebut di dalam Surah al-A’raf ayat 146:
سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَٰتِيَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن يَرَوۡاْ كُلَّ ءَايَةٖ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِهَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُواْ بَِٔايَٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡهَا غَٰفِلِينَ  ١٤٦
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya. [Al A'raf:146]

Nampak tak? Allah SWT akan palingkan hati orang yang sombong kepada jalan yang salah.
Moga-moga kita semua dijauhi Allah SWT daripada tergolong dalam golongan orang yang sombong ni. Amin.


2.         Bersabar dengan setiap ujian

Bersangka baik dengan Allah SWT ni amat penting. Sebab apa? Sebab dengan bersangka baik, barulah kita dapat fikirkan hikmah daripada ujian yang Allah SWT beri.
Tapi, kalau hati ni selalu fikir : “Kenapa aku yang kena ujian?”
Memang hati ni takkkan tenang.
Susah untuk tenang.
Cubalah untuk bersangka baik.
Tapi, nak bersangka baik nipun ada caranya, iaitu dengan bersabar. Apabila kita ditimpa musibah, memang perasaan ni barbolak balik, rasa nak marah Allah SWT.
So, bila ditimpa musibah, cepat-cepatlah bersabar. Mula-mula sabar dulu. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Then, ambillah wuduk ke ape ke. Barulah fikir balik, apa hikmah daripada musibah itu. Jangan terlalu emosional sangat.
Kalaulah sabar Nabi SAW macam sabar kita, masa Khadijah dan Abu Talib meninggal pada tahun yang sama (‘Aamul Huzni, Tahun Kesedihan), Rasulullah SAW  boleh je nak tinggalkan dakwah.
Tapi, disebabkan kesabaran Rasulullah SAW  yang tinggi menyebabkan baginda reda dengan ujian yang Allah SWT beri. Then, Allah SWT balas pulak kesabaran Nabi tu dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Nampak tak? Besarnya ganjaran buat orang yang bersabar.
Bukan tu je. Saidatina Aisyah pun pernah difitnah oleh orang Munafik semasa Peristiwa Hadis al-Ifk. Boleh baca sendiri dalam kitab Sirah. Dalam peristiwa tu, Aisyah difitnah mengatakan beliau melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang lelaki. Akhirnya Allah SWT membersihkan semula namanya melalui firman-Nya di dalam Surah an-Nur ayat 11:
إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٞ مِّنكُمۡۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرّٗا لَّكُمۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِۚ وَٱلَّذِي تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُۥ مِنۡهُمۡ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٞ  ١١
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [An Nur:11]

Tapi, Aisyah R.HA bersabar dengan fitnah itu dan menganggap bahawa fitnah itu ujian buatnya.
So, kalau Rasulullah SAW dan sahabat bersabar, takkan kita tak boleh bersabar dengan ujian yang kecil sahaja?

3.         Bersalam-salaman
Ha, ni orang kita selalu buat. Perkara ni dah tak menjadi masalah dalam masyarakat kita.
Tapi ada orang ingat perbuatan bersalaman ni adalah budaya kita, sedangkan Rasulullah SAW  pun bersalaman dengan para sahabat.
Tapi tak apa, yang penting, apabila kita bersalaman dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua. Barulah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Amalan berjabat tangan ni dijelaskan lagi oleh Rasulullah SAW  dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobrani:
“Sesungguhnya seorang muslim itu jika bertemu saudaranya kemudian bersalaman oleh kedua-duanya, maka gugurlah dosa-dosa mereka sebagaimana berguguran daun-daun dari pokok yang kering ditiup oleh angin kencang, melainkan kedua-duanya diampuni semua dosa mereka meskipun banyak seperti buih di lautan.” (HR. Tobrani)
Selain daripada berjabat tangan, ada juga yang berpelukan. Ini juga satu daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW SAW.
Jadi tak menjadi satu kepelikan atau keanehan untuk kita bepelukan sesama jantina apabila bertemu.
Abu Daud pernah meriwayatkan bahawa:
Keadaan sahabat Rasulullah SAW  apabila mereka bertemu, mereka akan bersalaman dengan berjabat tangan dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh, mereka berpelukan.

Ha..... Jadi dah tak perlu rasa pelik. Yang peliknya bila hari-hari jumpa pun nak berpelukan. Takut-takut nanti timbul masalah lain pulak kan (homoseksual).


4.         Melayani jiran tetangga dengan baik
Inipun kita selalu lakukan. Memang menjadi tradisi kita meyantuni jiran tetangga.
Allah SWT berfirman:
۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالٗا فَخُورًا  ٣٦
Sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, [An Nisa":36]
Kan? Allah SWT dah suruh kita berbuat baik pada jiran tetangga. Jadi, ia menjadi satu kewajipan kepada kita.
Tapi, macam mana?
Baiklah, saya akan senaraikan beberapa perkara yang kita kena lakukan untuk menghormati jiran kita:
a.         Bila kita nak pergi rumah jiran, jangan berdiri betul-betul depan pintu rumah dia.

Sebab bila kita buat macam tu, kemungkinan kita akan ternampak aib orang dalam rumah tu. Jadi, elakkan berdiri depan pintu, boleh berdiri di tepi pintu.

b.         Jangan buat bising dalam rumah kita, sampai rumah orang sebelah pun terdengar.
Jangan pasang radio atau tv kuat-kuat. Dan jangan menyanyi dengan kuat.
Ini boleh mengganggu ketenteraman orang sebelah. Manalah tahu kan, mungkin orang sebelah tengah menulis macam saya ni, nanti tak dapat idea pulak. Hehehe. Alhamdulillah, jiran saya tak ganggu ketenteraman saya.

c.         Kalau ada makanan dalam rumah yang kita masak, seeloknya ambil sikit bahagian, letak dalam mangkuk ke apa, then berilah kepada jiran.

Dengan cara ni, orang sebelah akan senang dengan kita. Macam ni barulah mereka tahu jiran mereka sayang pada mereka. Jangan berkira sangat. Kadang-kadang, kita ni berkira sangat, sebab tulah jiran kurang suka pada kita. Tapi, kalau kita lelaki, jangan pulak beri kat perempuan ajnabi rumah sebelah, takut boleh timbulkan fitnah pulak.

d.         Jaga aib mereka. Kalau kita tahu apa-apa rahsia jiran kita, jangan pulak duk cerita kat orang lain.

Totally jangan. Sebab kita ni kena jaga aib orang lain, kalau tak Allah SWT akan buka aib kita.

Mungkin jiran kita tu ada masalah. Selalu dengar pergaduhan suami isteri ke, jangan cerita kat orang lain. Jaga aib mereka.




e.         Sentiasa bantu jiran mengikut kemampuan dan kalau diperlukan.

Cara ni amat berkesan untuk mengeratkan hubungan dengan jiran. Bila jiran berada dalam kesusahan, maka sepatutnya kita bantu.
Sebagai contoh, kalau jiran sebelah kita telefon kita, mengatakan bahawa dia tengah sibuk, dan minta tolong kita ambilkan anak dia kat sekolah, seelok-eloknya kita bantu dia. Bukannya beri seribu alasan untuk mengelak.

Tapi, kalau kita memang tak boleh nak tolong, tak apa. Kita berterus terang sahaja. Insya-Allah dia akan faham.

Dan lain-lain yang anda boleh fikir sendiri ya. Saya Cuma tulis 5, selebihnya anda buat ya.

5.         Cinta akan ahli keluarga
Ahli keluarga ni sangat berharga. Sebab mereka nilah orang yang paling rapat dengan kita.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan Khadijah, begitu juga sepatutnya para suami mencintai isteri.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan Abdullah, begitu juga sepatutnya anak cintakan bapa.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan Aminah, begitu juga sepatutnya anak cintakan ibu.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan Fatimah, begitu juga sepatutnya bapa cintakan anak.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan Hasan dan Husin, begitu juga sepatutnya datuk cintakan cucu.

Dan semua kasih dan sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah, seharusnya kita ikut. Kan Rasulullah SAW  ni contoh ikutan terbaik....
Kita semua tahu yang Rasulullah SAW  amat sayangkan Khadijah. Jadi, sepatutnya macam tu lah juga kita sayangkan ahli keluarga kita.
Ok, lepas ni buatlah apa apa pun yang menunjukkan kita saya ahli keluarga kita. Biar mereka rasa yang kita menghargai mereka.

KESIMPULAN
Baiklah. Setelah saya bercerita panjang mengenai akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW, saya nak buat disclaimer sikit.
Memang susah untuk kita ikut semua akhlak Rasulullah. Bahkan perkara tu mustahil untuk berlaku. Sebab kita ni manusia biasa, memang selalu melakukan dosa dan kejahatan.
Tapi….
Tapi….
Tapi, itu bukan alasan untuk kita jadi tak baik. Sepatutnya, kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Sentiasalah perbaiki diri anda, kerana Allah SWT suka pada orang yang sentiasa membersihkan diri daripada dosa.








UKHUWAH


Alhamdulillah.
Pada tajuk kali ini lebih menarik, sebab saya nak tulis tentang ikatan ukhuwah.
Sekarang ni, banyak sangat orang yang ucap
Ukhuwah fillah abadan abada (selama-lamanya) bro!”
Kan?
Dan saya pun terjebak sama juga. Hehehe.
Tapi, ramai yang tak faham konsep ukhuwah ni sebenarnya.

APA TU?
Baiklah. Dengar dulu apa yang saya nak cakap.
Manusia ni Allah SWT cipta berbeza-beza. Ada lelaki, ada perempuan, ada kaya, ada miskin, ada bijak, ada kurang bijak dan sebagainya.
Makhluk bernama manusia ni, diciptakan atas dasar individu dan sosial, iaitu berkelompok.
Rasa nak berkelompok ni sememangnya datang daripada fitrah manusia itu sendiri. Memang, tiada manusia yang boleh hidup seorang diri, melainkan dia memang dah biasa dah.
Tapi, bagi kita, hidup berkelompok ni sangat penting. Sebab apa? Sebab kita ni perlu bergantung antara satu sama lain.
Dan daripada perasaan nilah wujudnya ikatan.
Ikatan kekeluargaan, ikatan persahabatan, ikatan perkahwinan, ikatan perkauman dan ikatan keaagamaan. Lepas tu, bila zaman dah moden, ada pulak ikatan kenegaraan, ikatan bangsa dan sebagainya.
Dalam Islam, semua ikatan ni dipanggil ukhuwah.



SALAH FAHAM TENTANG UKHUWAH
Tapi, kadang-kadang, kita fikir, apa yang kita lakukan dengan orang lain ialah ukhuwah juga. Tidak sebenarnya, ada juga yang tidak.
Ukhuwah ini cuma untuk perkara yang baik sahaja. Kalau perkara tu hanya mendatangkan dosa, baik tak perlulah mengotori jalan ukhuwah ni.
Tolonglah jangan kotorkan. Mungkin disebabkan kita, orang bukan Islam yang lain tak tertarik langsung dengan Islam.
Tapi, ukhuwah ni perlu disulam dengan kebaikan, ibadah, cakap perkara yang baik dan sebagainya.
Itu barulah ukhuwah fillah abadan abada orang kata.
Kita salah faham dengan ukhuwah. Anggap semua perkara itu sebagai ukhuwah.
Contohnya, kalau orang ajak kita pergi tengok wayang waktu maghrib. Kita pergi dan tinggalkan solat. Alasannya, ukhuwah lebih penting daripada Allah SWT. Parah ni.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita sudah memahami tentang ukhuwah.
Berukhuwahlah.Cubalah. Tapi dengan cara yang baik. Bahkan utamakan sesama jantina, bukan ambil ukhuwah sebagai alasan untuk buat maksiat!
Satu lagi, ukhuwah ni memang satu jalan yang manis sebenarnya, jika kita berkasih sayang kerana Allah SWT.
Akhir kata, saya ingin mengongsikan satu ayat al-Quran ni kepada anda.
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٖ وَعُيُونٍ  ٤٥ ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَٰمٍ ءَامِنِينَ  ٤٦ وَنَزَعۡنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ إِخۡوَٰنًا عَلَىٰ سُرُرٖ مُّتَقَٰبِلِينَ  ٤٧
45.  Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). [Al Hijr:45]
46.  (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman" [Al Hijr:46]
47.  Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. [Al Hijr:47]



Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...