Alhamdulillah kerana Allah SWT
mengizinkan saya untuk menulis bab tentang akhlak ni. Maaflah kalau apa yang
saya nak cakap ni anda semua dah tahu. Tapi, bagi yang belum tahu, jom lah kita
dalami!
Kita sedar, dalam akhir zaman macam
ni, akhlak manusia banyak yang bermasalah.
Terutama akhlak orang Islam sendiri.
Mungkin disebabkan akhlak kita
membuatkan orang bukan Islam memandang rendah terhadap agama Islam.
Dengan akhlak mazmumah kita,
menyebabkan kurang orang bukan Islam nak tahu tentang islam.
Jadi, saya mohon kita semua kena
hati-hati ya dengan akhlak.
Akhlak ni memang penting. Sebab
dengan akhlaklah, orang akan menilai kita.
Kalau kita pandai sampai dapat PhD
pun, tapi kalau akhlak tak ada, pun tak guna juga.
Tapi, kalau kita ni tak berapa pandai,
tapi akhlak kita baik, orang akan respect kita.
So, sememangnya kita ni kena berusaha
dengan keras, agar dapat membiasakan diri dengan akhlak yang baik.
Barulah orang akan respect!
Kalau tidak, kita mungkin akan
disisihkan daripada komuniti.
NAK IKUT SIAPA?
Bagi kita yang sentiasa berdosa ni,
memang tak boleh untuk dijadikan contoh ikutan 100% untuk orang lain.
Sebenarnya Nabi Muhammad SAW SAW lah
yang paling layak untuk dipanggil The Best Role Model, orang yang terbaik untuk
kita contohi akhlaknya. Baginda SAW lah orang yang mempunyai akhlak yang hebat,
sehinggakan tiada siapa boleh menandingi baginda.
Allah SWT pernah berfirman dalam
al-Quran Surah al-Ahzab ayat 21:
لَّقَدۡ كَانَ
لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ
وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا
٢١
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah
SAW itu suri teladan yang baik bagimu
(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah SWT dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah SWT. [Al Ahzab:21]
Sama juga macam kita. Kita perlu
jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola kita.
JOM BELAJAR BERAKHLAK!
Jadi, saya akan terangkan kepada anda
beberapa akhlak Rasulullah SAW yang
sepatutnya kita ikut.
Tak
apa. Kita boleh belajar slow slow. Jangan terlalu drastik dalam perubahan takut
tak kekal lama. Allah SWT kan suka amalan yang sedikit tetapi berterusan. Kan?
1. Tidak
sombong
Inilah satu akhlak yang Rasululllah
SAW amalkan sehingga nyawa baginda dicabut oleh Malaikat maut.
Rasulullah SAW orang yang sangat rendah diri. Sentiasa
mengutamakan orang lain, tidak sombong.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran
Surah Luqman ayat 18:
وَلَا
تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ
لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ ١٨
Dan janganlah kamu memalingkan
mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi
dengan angkuh. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong
lagi membanggakan diri. [Luqman:18]
Nampak tak? Allah SWT cakap yang Dia
tak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri.
Bukan Allah SWT sahaja, malahan
manusia pun tak suka. Betul tak?
Dari Ibnu Mas’ud RA berkata : Rasulullah
SAW bersabda : “Tidak akan masuk ke dalam
syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun seberat biji sawi. Lalu
ada yang bertanya : Sesungguhnya seseorang itu sangat suka kepada baju dan
kasut yang bagus ? maka baginda SAW berkata : Sesungguhnya Allah SWT Maha Indah
dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan
manusia“. HR Muslim.
Ha......lagilah....... Hadis ini
menyatakan bahawa orang yang ada sifat sombong dalam hati, tidak akan masuk
syurga. Walaupun sombong tu sedikit je.....
Selain itu, Allah SWT juga menyebut
di dalam Surah al-A’raf ayat 146:
سَأَصۡرِفُ عَنۡ
ءَايَٰتِيَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن
يَرَوۡاْ كُلَّ ءَايَةٖ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِهَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ
لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَيِّ يَتَّخِذُوهُ
سَبِيلٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُواْ بَِٔايَٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡهَا غَٰفِلِينَ ١٤٦
Aku akan memalingkan orang-orang yang
menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda
kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman
kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka
tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka
terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat
Kami dan mereka selalu lalai daripadanya. [Al A'raf:146]
Nampak tak? Allah SWT akan palingkan
hati orang yang sombong kepada jalan yang salah.
Moga-moga kita semua dijauhi Allah
SWT daripada tergolong dalam golongan orang yang sombong ni. Amin.
2. Bersabar
dengan setiap ujian
Bersangka baik dengan Allah SWT ni
amat penting. Sebab apa? Sebab dengan bersangka baik, barulah kita dapat
fikirkan hikmah daripada ujian yang Allah SWT beri.
Tapi, kalau hati ni selalu fikir : “Kenapa
aku yang kena ujian?”
Memang hati ni takkkan tenang.
Susah untuk tenang.
Cubalah untuk bersangka baik.
Tapi, nak bersangka baik nipun ada
caranya, iaitu dengan bersabar. Apabila kita ditimpa musibah, memang perasaan
ni barbolak balik, rasa nak marah Allah SWT.
So, bila ditimpa musibah,
cepat-cepatlah bersabar. Mula-mula sabar dulu. Jangan ikutkan sangat perasaan
tu. Then, ambillah wuduk ke ape ke. Barulah fikir balik, apa hikmah daripada
musibah itu. Jangan terlalu emosional sangat.
Kalaulah sabar Nabi SAW macam sabar
kita, masa Khadijah dan Abu Talib meninggal pada tahun yang sama (‘Aamul Huzni,
Tahun Kesedihan), Rasulullah SAW boleh
je nak tinggalkan dakwah.
Tapi, disebabkan kesabaran Rasulullah
SAW yang tinggi menyebabkan baginda reda
dengan ujian yang Allah SWT beri. Then, Allah SWT balas pulak kesabaran Nabi tu
dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Nampak tak? Besarnya ganjaran buat orang
yang bersabar.
Bukan tu je. Saidatina Aisyah pun
pernah difitnah oleh orang Munafik semasa Peristiwa Hadis al-Ifk. Boleh baca
sendiri dalam kitab Sirah. Dalam peristiwa tu, Aisyah difitnah mengatakan
beliau melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang lelaki. Akhirnya Allah SWT
membersihkan semula namanya melalui firman-Nya di dalam Surah an-Nur ayat 11:
إِنَّ ٱلَّذِينَ
جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٞ مِّنكُمۡۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرّٗا لَّكُمۖ بَلۡ هُوَ
خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِۚ
وَٱلَّذِي تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُۥ مِنۡهُمۡ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١١
Sesungguhnya orang-orang yang membawa
berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa
berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap
seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa
di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita
bohong itu baginya azab yang besar. [An Nur:11]
Tapi, Aisyah R.HA bersabar dengan
fitnah itu dan menganggap bahawa fitnah itu ujian buatnya.
So, kalau Rasulullah SAW dan sahabat
bersabar, takkan kita tak boleh bersabar dengan ujian yang kecil sahaja?
3. Bersalam-salaman
Ha, ni orang kita selalu buat.
Perkara ni dah tak menjadi masalah dalam masyarakat kita.
Tapi ada orang ingat perbuatan
bersalaman ni adalah budaya kita, sedangkan Rasulullah SAW pun bersalaman dengan para sahabat.
Tapi tak apa, yang penting, apabila
kita bersalaman dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua.
Barulah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Amalan berjabat tangan ni dijelaskan
lagi oleh Rasulullah SAW dalam satu
hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobrani:
“Sesungguhnya seorang muslim itu jika
bertemu saudaranya kemudian bersalaman oleh kedua-duanya, maka gugurlah dosa-dosa
mereka sebagaimana berguguran daun-daun dari pokok yang kering ditiup oleh
angin kencang, melainkan kedua-duanya diampuni semua dosa mereka meskipun
banyak seperti buih di lautan.” (HR. Tobrani)
Selain daripada berjabat tangan, ada
juga yang berpelukan. Ini juga satu daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW SAW.
Jadi tak menjadi satu kepelikan atau
keanehan untuk kita bepelukan sesama jantina apabila bertemu.
Abu Daud pernah meriwayatkan bahawa:
Keadaan sahabat Rasulullah SAW apabila mereka bertemu, mereka akan bersalaman
dengan berjabat tangan dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh,
mereka berpelukan.
Ha..... Jadi dah tak perlu rasa
pelik. Yang peliknya bila hari-hari jumpa pun nak berpelukan. Takut-takut nanti
timbul masalah lain pulak kan (homoseksual).
4. Melayani
jiran tetangga dengan baik
Inipun kita selalu lakukan. Memang
menjadi tradisi kita meyantuni jiran tetangga.
Allah SWT berfirman:
۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ
بِهِۦ شَيۡٔٗاۖ
وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ
وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ
بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا
يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالٗا فَخُورًا ٣٦
Sembahlah Allah SWT dan janganlah
kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua
orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga
yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba
sahayamu. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri, [An Nisa":36]
Kan? Allah SWT dah suruh kita berbuat
baik pada jiran tetangga. Jadi, ia menjadi satu kewajipan kepada kita.
Tapi, macam mana?
Baiklah, saya akan senaraikan
beberapa perkara yang kita kena lakukan untuk menghormati jiran kita:
a. Bila
kita nak pergi rumah jiran, jangan berdiri betul-betul depan pintu rumah dia.
Sebab bila kita buat macam tu,
kemungkinan kita akan ternampak aib orang dalam rumah tu. Jadi, elakkan berdiri
depan pintu, boleh berdiri di tepi pintu.
b. Jangan
buat bising dalam rumah kita, sampai rumah orang sebelah pun terdengar.
Jangan pasang radio atau tv
kuat-kuat. Dan jangan menyanyi dengan kuat.
Ini boleh mengganggu ketenteraman
orang sebelah. Manalah tahu kan, mungkin orang sebelah tengah menulis macam
saya ni, nanti tak dapat idea pulak. Hehehe. Alhamdulillah, jiran saya tak
ganggu ketenteraman saya.
c. Kalau
ada makanan dalam rumah yang kita masak, seeloknya ambil sikit bahagian, letak
dalam mangkuk ke apa, then berilah kepada jiran.
Dengan cara ni, orang sebelah akan
senang dengan kita. Macam ni barulah mereka tahu jiran mereka sayang pada
mereka. Jangan berkira sangat. Kadang-kadang, kita ni berkira sangat, sebab
tulah jiran kurang suka pada kita. Tapi, kalau kita lelaki, jangan pulak beri
kat perempuan ajnabi rumah sebelah, takut boleh timbulkan fitnah pulak.
d. Jaga
aib mereka. Kalau kita tahu apa-apa rahsia jiran kita, jangan pulak duk cerita
kat orang lain.
Totally jangan. Sebab kita ni kena
jaga aib orang lain, kalau tak Allah SWT akan buka aib kita.
Mungkin jiran kita tu ada masalah.
Selalu dengar pergaduhan suami isteri ke, jangan cerita kat orang lain. Jaga
aib mereka.
e. Sentiasa
bantu jiran mengikut kemampuan dan kalau diperlukan.
Cara ni amat berkesan untuk
mengeratkan hubungan dengan jiran. Bila jiran berada dalam kesusahan, maka
sepatutnya kita bantu.
Sebagai contoh, kalau jiran sebelah
kita telefon kita, mengatakan bahawa dia tengah sibuk, dan minta tolong kita
ambilkan anak dia kat sekolah, seelok-eloknya kita bantu dia. Bukannya beri
seribu alasan untuk mengelak.
Tapi, kalau kita memang tak boleh nak
tolong, tak apa. Kita berterus terang sahaja. Insya-Allah dia akan faham.
Dan lain-lain yang anda boleh fikir
sendiri ya. Saya Cuma tulis 5, selebihnya anda buat ya.
5. Cinta
akan ahli keluarga
Ahli keluarga ni sangat berharga.
Sebab mereka nilah orang yang paling rapat dengan kita.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan
Khadijah, begitu juga sepatutnya para suami mencintai isteri.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan
Abdullah, begitu juga sepatutnya anak cintakan bapa.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan
Aminah, begitu juga sepatutnya anak cintakan ibu.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan
Fatimah, begitu juga sepatutnya bapa cintakan anak.
Sebagaimana Rasulullah SAW cintakan
Hasan dan Husin, begitu juga sepatutnya datuk cintakan cucu.
Dan semua kasih dan sayang yang
ditunjukkan oleh Rasulullah, seharusnya kita ikut. Kan Rasulullah SAW ni contoh ikutan terbaik....
Kita semua tahu yang Rasulullah SAW amat sayangkan Khadijah. Jadi, sepatutnya
macam tu lah juga kita sayangkan ahli keluarga kita.
Ok, lepas ni buatlah apa apa pun yang
menunjukkan kita saya ahli keluarga kita. Biar mereka rasa yang kita menghargai
mereka.
KESIMPULAN
Baiklah. Setelah saya bercerita
panjang mengenai akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW, saya nak buat
disclaimer sikit.
Memang susah untuk kita ikut semua
akhlak Rasulullah. Bahkan perkara tu mustahil untuk berlaku. Sebab kita ni
manusia biasa, memang selalu melakukan dosa dan kejahatan.
Tapi….
Tapi….
Tapi, itu bukan alasan untuk kita
jadi tak baik. Sepatutnya, kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Sentiasalah
perbaiki diri anda, kerana Allah SWT suka pada orang yang sentiasa membersihkan
diri daripada dosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan