Bismillah.
Pada
masa kini, isu-isu yang dijadikan polemik masyarakat meliputi semua bidang.
Macam semua benda nak kena kritik. Soal kewangan, pertahanan, ekonomi, sosial,
semuanya menjadi masalah. Keadaan kita sekarang ni dah macam negara yang
bergolak, kerana pergolakan negara ketiga berpunca daripada satu masalah, yakni
PERBEZAAN PENDAPAT YANG TIDAK DISELESAIKAN DENGAN BERHEMAH.
Saya bercakap bukan atas dasar
sebagai seorang penyokong, pengkritik atau pembela mana-mana pihak, tetapi saya
sekarang berdiri dengan sendiri tanpa pemonopolian sesiapa. Memandangkan
pelajar tidak dibenarkan berpolitik, maka saya dengan rendah diri ingin
menyatakan bahawa saya menulis ialah atas dasar sebagai seorang blogger bebas
dan cadangan serta penulisan saya tidak berunsurkan politik. Jangan ada yang
lapor dan aku kena tangkap bawah Sosma sudah esok.
Baiklah.
Seperti yang kita semua sedia
maklum, salah satu daripada isu yang timbul ialah isu sekolah. Dalam aspek
sekolah ini, banyak juga yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, atau Dewan Negara
mahupun dalam kalangan masyarakat kita sendiri.
Dalam banyak-banyak isu ini, saya
lebih terarah bagi membicarakan mengenai sekolah kerana saya duduk dalam
persekitaran itu. Jadi saya mungkin lebih tahu mengenai perkara ini.
Di peringkat pendidikan Tinggi,
antara isu yang Dr Maszlee terkena ialah berkenaan dengan mengembalikan
autonomi universiti. Sudah tentukan usaha yang mahasiswa inginkan ialah
pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Saya bukan nak cakap soal AUKU, tapi
saya nak bawa isu itu dan ketengahkan dalam persekitaran sekolah menengah.
Ya, bunyi macam pelik, tapi itulah
tujuan sebenar saya menulis ni.
Ironinya, bukan sahaja universiti,
tetapi sekolah menengah juga terikat dengan undang-undang seperti AUKU ini.
Secara sepintas lalu, kita mungkin fikir bahawa pihak sekolah bertindak dengan
adanya pentadbiran sekolah bermula dengan pengetua, tetapi hakikatnya tidak.
Sekolah juga terikat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Itu tidak menjadi masalah, kerana
semua orang tahu sekolah memang seliaan KPM sejak dulu lagi. Memang tidak
pernah timbul isu.
Cumanya, satu aspek yang menjadi isu
ialah, hal ehwal pelajar.
Mengapa?
Ya, mungkin kita ada Pihak
Pentadbiran Sekolah yang menyelia hal ehwal pelajar, tetapi bagi saya yang juga
tinggal di persekitaran ini, saya mendapati ada kekurangan yang berlaku.
Pelajar tidak diberikan hak untuk
bersuara.
Memang benar, di mana-mana pun,
hubungan guru-pelajar akan sentiasa ada. Tetapi, ini bukan soal pemberontakan
atau apa jua kebahayaan. Ini ialah soal penyelesaian masalah hal ehwal pelajar
yang semakin merunsingkan.
Semua sedia maklum bahawa pelajar
sememangnya tidak mendapat apa-apa platform bagi bersuara mahupun
bermusyawarah. Tiada. Apa yang ada hanyalah platform bagi mereka belajar dan
melaksanakan aktiviti Ko-kurikulum. Sedangkan platform bersuara ini
tersangatlah penting.
MENGAPA?
Mengapa saya kata sangat penting?
Sudah tentulah saya ada sebab tersendiri sebelum mengeluarkan pendirian
sebegini.
Pertama, kematangan belia kini
perlahan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana kematangan pelajar bergerak.
Sangat perlahan dan dijangka akan lebih parah pada masa akan datang.
Perkara ini sangat berbahaya. Kalau
dibiarkan, mungkin rasionalisasi pelajar akan hilang begitu sahaja. Pelajar
akan mula hilang pertimbangan. Silap hari bulan betul salah pun mereka tak
boleh banding beza. Takkan kita nak tunggu Malaysia diserang baru nak
bertindak?
Kalau nak dibandingkan dengan dulu,
memang kita sudah jauh tersasar dari landangan. Semua ini angkara anasir-anasir
luar yang melanda masyarakat kita. Permainan video yang sudah entah ke mana
menyebabkan pelajar mula hilang tumpuan.
Kedua, masalah pelajar kian terabai.
Pengabaian ini biasanya berlaku di kawasan pedalaman yang terperuk. Para guru
bukannya ada masa yang banyak nak uruskan semua. Saya amat memahami peranan
guru. Guru sekarang terlalu banyak kerja yang dibebankan sehingga hala tuju
mereka terarah kepada yang betul dan tidak tersasar.
Memang guru kanseling ditempatkan di
semua sekolah. Tetapi, satu realiti yang kita tidak boleh menyangkal ialah,
hubungan pelajar-pelajar mungkin lebih efektif berbanding guru-pelajar. Mungkin
peranan guru kanselor diperlukan dalam beberapa perkara, tetapi bagi
menyemarakkan lagi perasaan pembelajaran itu, maka usaha pelajar-pelajar perlu
diwujudkan segera.
Konklusinya, saya telah menyentuh
beberapa perkara berkaitan sebab pemerkasaan sekolah perlu dilakukan oleh pihak
berwajib.
Dalam
hati ni, bagusnyalah kalau aku boleh hantar surat rasmi pasal entri aku pada Dr Maszlee ceh
wah!
Habis.
Nantikan sambungannya, insya-Allah ada sentuhan berkaitan langkah-langkah bukan
populis yang perlu dilaksanakan segera.
Sekian,
Mohamad
Asman,
Pengasas
Dakwah Indie.
Ini ialah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Dakwah Indie.