Jumaat, 12 Oktober 2018

Kenapa Kau Tak Berpurdah? Bahagian 1


Alhamdulillah.
Setelah lama saya mendiamkan diri dari bidang blog ini, akhirnya pada hari ini saya kembali dengan wajah yang baharu! (Ceh, padahal tak ada idea nak tulis apa?)
Okey, jadi saya bercadang nak tulis entri yang berpecah-pecah lepas ni. Maksudnya saya akan tulis satu topik sahaja untuk satu entri, dan topik lain dalam kisah itu akan bersambung nanti.
Jadi, pada hari ini, saya akan memetik satu tajuk yang agak panas dan berkontroversi.

Sumber : Shutterstock


“KENAPA KAU TAK BERPURDAH?”

Semua orang kenal purdah dan saya rasa pemakaian purdah ni pun bukanlah satu perkara yang pelik. Sekarang ni dah biasa tengok beberapa orang wanita yang memakainya sepanjang masa.
Tapi, semakin hari, isu purdah ini giat dijadikan polemik, sampaikan perkara yang kecil ni pun boleh memecahbelahkan umat. Adoi. Apa nak jadi dengan Malaysia?
Baik, jom kita terjah!

KENAPA KAU TAK BERPURDAH?

Saya pasti, semua orang ada sebab masing-masing kenapa mereka tidak berpurdah atau berniqab.
Semua orang ada pandangan masing-masing, yang kadang-kadang anda mengutarakannya ke Facebook, WeChat, Instagram dan platform lain.
Jadi kenapa?
Setelah saya melakukan kajian yang mendalam (padahal saya fikir aje), saya dah dapat 5 sebab kenapa purdah ditolak oleh masyarakat (bukan semua).
Jadi 5 sebab itu saya nak kongsikan kepada anda semua yang masih belum ada apa-apa pandangan terhadap niqab.

1)    Takut pandangan buruk orang

Kebanyakan wanita ada niat untuk berpurdah. Ya, memang ada. Tapi niat mereka terbantut kerana mereka merasakan bahawa masyarakat akan meletakkan persepsi yang buruk terhadap apa yang mereka pakai.
Saya bagi contoh. Kalau seseorang ustazah ni nak pergi mengajar di kuliah atau apa-apa kelas, mereka rasa jika mereka berpurdah, maka para ibu bapa kepada pelajar akan memandang serong terhadapnya.
Kalau benda ni berlaku, maka susahlah dia nak cari makan. Betul tak?
Pada hakikatnya, kita sekarang sedang berperang dengan Perang Persepsi.
Kita susah nak jangkakan persepsi masyarakat terhadap apa yang kita tuturkan, lakukan, tunjukkan dan ajarkan. Persepsi ini akan menghalang sesuatu yang baik daripada berlaku.
Semua persepsi ini dipengaruhi oleh tempias imej “Pengganas” dan “Islamofobia” serta “Islam ekstrim”. Sedangkan memakai purdah tiada kaitan langsung dengan perkara tersebut.
Negara dunia ketiga yang terkenal dengan peperangan telah terjarah ke dalam negara kita, dek kerana imej Islam itu sendiri.
Apa yang lebih memalukan, segelintir Muslim yang menolak niqab kerana takut rakan bukan Islam yang lain memandang buruk terhadapnya.

2)    Susah istiqomah

Untuk kekal dalam satu jalan bukanlah mudah.
Kalau dalam peperangan pun, tiada jaminan bahawa kita kuat untuk berjuang sehingga menang.
Dan dalam pekerjaan juga susah untuk kita bekerja sepanjang masa tanpa keluhan.
Itu semua ialah penyakit masyarakat kita.
Dalam Islam, fenomena ini dipanggil “futur”.
Kadang-kadang, kita tidak akan istiqomah dalam melakukan sesuatu. Manusia ni mudah berasa bosan.
Buat satu-satu perkara yang sama sepanjang masa akan menghilangkan tarikan diri terhadap perkara itu.
Samalah juga dalam berniqab.
Dalam tak sedar, sudah berapa banyak wanita yang kembali semula sebagai non-Niqabis. Mereka tiada kekuatan. Mereka juga tiada dorongan untuk terus memakai niqab.
Perkara ini akan merundingkan wanita yang baru nak berhijrah sebagai niqabis.
Mereka tak yakin dengan diri sendiri. Mereka takut kalau usaha mereka nanti akan jadi hangat-hangat tahi ayam semata-mata.
Tambahan pula, mulut masyarakat yang mencerca lagi menambah ketakutan mereka.

Point ke-3 hingga ke-8 akan bersambung kemudian.....

Ini ialah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Dakwah Indie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...