Rabu, 17 Oktober 2018

Masa untuk Gempur Institusi Pendidikan Bahagian 1


Bismillah.

Pada masa kini, isu-isu yang dijadikan polemik masyarakat meliputi semua bidang. Macam semua benda nak kena kritik. Soal kewangan, pertahanan, ekonomi, sosial, semuanya menjadi masalah. Keadaan kita sekarang ni dah macam negara yang bergolak, kerana pergolakan negara ketiga berpunca daripada satu masalah, yakni PERBEZAAN PENDAPAT YANG TIDAK DISELESAIKAN DENGAN BERHEMAH.

            Saya bercakap bukan atas dasar sebagai seorang penyokong, pengkritik atau pembela mana-mana pihak, tetapi saya sekarang berdiri dengan sendiri tanpa pemonopolian sesiapa. Memandangkan pelajar tidak dibenarkan berpolitik, maka saya dengan rendah diri ingin menyatakan bahawa saya menulis ialah atas dasar sebagai seorang blogger bebas dan cadangan serta penulisan saya tidak berunsurkan politik. Jangan ada yang lapor dan aku kena tangkap bawah Sosma sudah esok.

            Baiklah.

            Seperti yang kita semua sedia maklum, salah satu daripada isu yang timbul ialah isu sekolah. Dalam aspek sekolah ini, banyak juga yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, atau Dewan Negara mahupun dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

            Dalam banyak-banyak isu ini, saya lebih terarah bagi membicarakan mengenai sekolah kerana saya duduk dalam persekitaran itu. Jadi saya mungkin lebih tahu mengenai perkara ini.

            Di peringkat pendidikan Tinggi, antara isu yang Dr Maszlee terkena ialah berkenaan dengan mengembalikan autonomi universiti. Sudah tentukan usaha yang mahasiswa inginkan ialah pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

            Saya bukan nak cakap soal AUKU, tapi saya nak bawa isu itu dan ketengahkan dalam persekitaran sekolah menengah.

            Ya, bunyi macam pelik, tapi itulah tujuan sebenar saya menulis ni.
            Ironinya, bukan sahaja universiti, tetapi sekolah menengah juga terikat dengan undang-undang seperti AUKU ini. Secara sepintas lalu, kita mungkin fikir bahawa pihak sekolah bertindak dengan adanya pentadbiran sekolah bermula dengan pengetua, tetapi hakikatnya tidak. Sekolah juga terikat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

            Itu tidak menjadi masalah, kerana semua orang tahu sekolah memang seliaan KPM sejak dulu lagi. Memang tidak pernah timbul isu.

            Cumanya, satu aspek yang menjadi isu ialah, hal ehwal pelajar.

            Mengapa?

            Ya, mungkin kita ada Pihak Pentadbiran Sekolah yang menyelia hal ehwal pelajar, tetapi bagi saya yang juga tinggal di persekitaran ini, saya mendapati ada kekurangan yang berlaku.

            Pelajar tidak diberikan hak untuk bersuara.

            Memang benar, di mana-mana pun, hubungan guru-pelajar akan sentiasa ada. Tetapi, ini bukan soal pemberontakan atau apa jua kebahayaan. Ini ialah soal penyelesaian masalah hal ehwal pelajar yang semakin merunsingkan.

            Semua sedia maklum bahawa pelajar sememangnya tidak mendapat apa-apa platform bagi bersuara mahupun bermusyawarah. Tiada. Apa yang ada hanyalah platform bagi mereka belajar dan melaksanakan aktiviti Ko-kurikulum. Sedangkan platform bersuara ini tersangatlah penting.

MENGAPA?
            Mengapa saya kata sangat penting? Sudah tentulah saya ada sebab tersendiri sebelum mengeluarkan pendirian sebegini.

            Pertama, kematangan belia kini perlahan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana kematangan pelajar bergerak. Sangat perlahan dan dijangka akan lebih parah pada masa akan datang.

            Perkara ini sangat berbahaya. Kalau dibiarkan, mungkin rasionalisasi pelajar akan hilang begitu sahaja. Pelajar akan mula hilang pertimbangan. Silap hari bulan betul salah pun mereka tak boleh banding beza. Takkan kita nak tunggu Malaysia diserang baru nak bertindak?

            Kalau nak dibandingkan dengan dulu, memang kita sudah jauh tersasar dari landangan. Semua ini angkara anasir-anasir luar yang melanda masyarakat kita. Permainan video yang sudah entah ke mana menyebabkan pelajar mula hilang tumpuan.

            Kedua, masalah pelajar kian terabai. Pengabaian ini biasanya berlaku di kawasan pedalaman yang terperuk. Para guru bukannya ada masa yang banyak nak uruskan semua. Saya amat memahami peranan guru. Guru sekarang terlalu banyak kerja yang dibebankan sehingga hala tuju mereka terarah kepada yang betul dan tidak tersasar.

            Memang guru kanseling ditempatkan di semua sekolah. Tetapi, satu realiti yang kita tidak boleh menyangkal ialah, hubungan pelajar-pelajar mungkin lebih efektif berbanding guru-pelajar. Mungkin peranan guru kanselor diperlukan dalam beberapa perkara, tetapi bagi menyemarakkan lagi perasaan pembelajaran itu, maka usaha pelajar-pelajar perlu diwujudkan segera.

            Konklusinya, saya telah menyentuh beberapa perkara berkaitan sebab pemerkasaan sekolah perlu dilakukan oleh pihak berwajib.

Dalam hati ni, bagusnyalah kalau aku boleh hantar surat rasmi pasal entri aku pada Dr Maszlee ceh wah!

Habis. Nantikan sambungannya, insya-Allah ada sentuhan berkaitan langkah-langkah bukan populis yang perlu dilaksanakan segera.

Sekian,
Mohamad Asman,
Pengasas Dakwah Indie.


Ini ialah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Dakwah Indie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...