Isnin, 21 Januari 2019

JENDELA HATI: Karat

“Karat” merupakan sebuah lirik asalnya dan ditulis oleh saya sendiri. Tetapi, lagunya masih belum ada. Jadi, saya muatkan dalam blog ini sebagai satu sajak.
   Sajak “Karat” ini berkisarkan tentang pemberontakan jiwa seorang pendosa yang mahu meninggalkan zaman jahiliahnya. Sajak ini sangat sesuai untuk meningkatkan semangat kita untuk berdakwah kerana asas dakwah ialah keteguhan jiwa.
   
Hatiku lemah
Kudratku rebah
Menanggung dosa jahiliah

Sesungguhnya aku
Tidak tahan lagi dengan
Semua karat yang tumbuh

Seringkali aku cuba
Mempertahankan hatiku
Kutenggelam pula semakin dalam

Lautan dosa nafsu
Melemaskan jiwa
Tidak terungkap
Peritnya
Oh kalbuku kelam

Waktu kian berlalu
Aku di sini percaya
Ampunanmu bermakna

Namun kutahu
Kau di sisiku
Oh tuhan
Kuatkan imanku
Syurga tujuku

Sekian,

Mohamad Asman,
Pengasas Dakwah Indie.

Pengumuman Penting

Teman-teman, Terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini (walaupun tak ada orang). Namun, blog ini yang sebelum ini dikenali dengan ww...