ADMIN DAKWAH INDIE : MOHAMAD ASMAN
Penulis bagi buku Dakwah Indie dan entri dalam blog Dakwah Indie
diberi nama Mohamad Asman bin Mohd Aminjum oleh bapanya, Mohd Aminjum
bin Mohd Meng. Dilahirkan pada 5 Januari 2004 di Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan. Ibunya, Norzuraida binti Mustafa merupakan anak kelahiran Kemaman,
Terengganu.
Berketurunan Cina
Muslim dari Kluang, Johor. Hal ini membuatkan penulis sangat fasih berbahasa
Mandarin. Datuknya, Mohd Meng bin Abdullah atau Cheang Kiat Meng merupakan
mekanik di daerah Rompin. Manakala ibu dan bapa penulis bekerja sendiri.
Penulis menetap di Rompin, Pahang
sejak kecil. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Rompin, Pahang dari tahun 2011-2016. Kini, penulis berada di Sekolah Menengah
Kebangsaan Rompin.
Seorang yang amat minat terhadap penulisan novel dan bukan
fiksyen. Antara idola penulis dalam bidang ini termasuklah Ustaz Adnin Roslan,
CEO bagi Sentap Press Sdn. Bhd.
Penulis mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Penulis mendapat tempat pertama dalam peperiksaan sejak dari Tingkatan Satu
lagi.
Di SMK Rompin, penulis banyak
memegang jawatan. Antaranya ialah AJK Pengawas Sekolah SMK Rompin dan Imam Muda
dan Naqib Usrah Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMK Rompin.
Penulis ialah pemegang Anugerah
Pelajar Terbaik Kategori Lelaki SJK(C) Rompin pada tahun 2016, sekaligus
menjadi Ketua Pelajar di sekolah itu pada tahun yang sama. Mendapat keputusan
6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun akibat tempias “sekolah
cina” menyebabkan penulis tidak berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Sekolah
Berasrama Penuh.
Antara pertandingan yang disertai
penulis:-
1. Pertandingan
Menulis Esei Sejarah Peringkat Kebangsaan 2017-Saguhati
2. Pertandingan
Esei Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan-Penyertaan
3. Pertandingan
Tilawah Al-Quran (L) Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Kelompok
Pantai Utara 2015-Naib Johan
4. Australian
Mathematics Competition 2016-Proficiency
5. Ka Yin Chu Championhip
of Mathematics Competition for Malaysia’s Chinese Primary School 2016 (30th) / 第三十届2016嘉联青全国华小数学金杯赛-Participation / 参赛
Untuk berhubung dengan penulis bagi memenuhi jemputan atau
apa-apa sahaja urusan, bolehlah WhatsApp ke 016-590 6499.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan